Wednesday, December 30, 2009

Pulang ke Melaka

Assalamualaikum

Alhamdulillah saat abi menulis ini, abi sedang berehat .. letih semalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka bermula pukul 11.00 pagi dan sampai ke Melaka pada pukul 11.30 malam.. perjalanan memakan masa 13 jam!! pertama sebab banyak berhenti.. kedua berhenti di rumah Mak de di Balok Pahang.. hantar barang2 kiriman Opah dan Tok ki berupa sejadah dari Mekah kepada adik-beradik opah di Pahang.. kat situ pundah hampir sejam setengah..

Apapun Alhamdulillah abi, umi, anak2 dan cik su selamat sampai ke Melaka.. tahun baru Hijrah dah lama bermula.. tapi abi belum lagi set up apa kerja2 yang nak dibuat pada tahun ni..Moga2 ALLAH memberi kemudahan perjalan abi di dunia ini bersama keberkatan daripadaNYA..

Amin..

Monday, December 21, 2009

Barang dr Mekah...

Lama x masuk blog sendiri.. semalam abi n ipar duai pergi jemput Tokki dan Opan yang baru pulang dari menunaikan Haji di Makkatul Mukarramah di lapangan terpang Pengkalan Chepa... alhamdulillah selamat sampai dengan sempurna.. taqabbalaLLAHu tho'atakum..

Mlmnya minum air zam-zam, buah tin, kurma dll... kemudian abi, umi, anak2 serta semua ipar duai terima hadiah dr Mekah.. banyak sungguh mertuaku bagi segan pulak nk menerimanya..antara yg abi terima kopiah yaman, jubah musim panas, tasbih kayu koka 33 biji, cincin kayu koka, serban, jam tangan.. fuh banyak sungguh.. moga2 ALLAH memberkati ibu mertua dan bapa mertuaku...

Amin..

Wassalam

Sunday, December 13, 2009

Selesai satu agenda..

Assalamualaikum.

ALhamdulillah dengan rahmat dan inayah ALLAH dapat juga abi menyelesaikan majlis kesyukuran dan  aqiqah Zatul Wijdan di rumah kami sendiri di Tanah Merah, Kelantan.. Majlis tersebut dibuat pada 11/12/2009.. ini merupakan kali pertama majlis yg agak besar jemputannya dibuat di rumah sendiri... seronok bukan main.. abi menyediakan hidangan nasi kerabu special dan kurma kambing dan kerutuk kambing di tambah dengan roti jala dan roti.. buat lain daripada orang lain.. sebab semuanya main tempah aje

Baru tahu bagaimana nk menguruskan majlis besar bukan senang2.. patutlah ada pendapat mengatakan tuan punya kerja boleh menjamakkan solat dalam keadaan sibik begini..antaranya.. saudara saudari boleh rujuk kitab2 muktabar..tapi abi x jamak pun.. masih sempat solat dengan baik..:)

kehadiran saudara-saudara sebelah abi dana ummi serta kawan karib menyerikan lagi majlis kami... syukran lakum.. moga2 kedatangan itu juga menambahkan rezeki kami seta limpahan rahmat daripada ALLAH penguasa 'alam ini...

Selepas in abi nk hadap saatu  lagi program Kursus Sihir dan rawatan di balai Islam..semua itu termasuk dalam program cuti2 kenatan tahun ini...:)

sekian catatan abi untuk kalian wahai generasiku..

Wassalam..

Tuesday, December 1, 2009

sedikit catatan...

Assalamualaikum..

Pagi x berapa semangat untuk berblog.. tapi ada catatan perlu diukir.. raya tahun ni abi x korban sebab kehabisan lembu... hehe tapi makan daging korban x berkurangan sperti tahun2 lepas...

Malam tadi ahmad dan azzam tidur kat rumah tok uban dengan abang long asyraf dan Itqan... bila dah jumpa kawan2 x nk balik rumah tanah merah...

ok lah tu saja catatannya..