Assalamualaikum
Hari ini dah sebulan sesi persekolahan 2011 bermula... Abi masih kekal di MOzac walau dah hampir 8 kali memohon untuk bertukar.. x apa lah... rezeki masih di Mozac... anak-anak pula saban tahun membesar dan punyai karenah yang berubah2.
AlhamduliLLAH.. Ahmad Mujahid sekarang sudah tahun 3 di SRA JAIM Pernu... 3B.. dilantik sebagai pengawas perpustakaan.. manakala adiknya Al 'Azzam pula menaiki Tahun 1 di sekolah yang sama dengan abang dia.. senang ada pemantauan dr abang.
Hari pertama abi terus bagi tanggungjawab kepada Mujahid untuk menjaga azzam.. alhamduliLLAH... tiada masalah sampai hari ini. Cuma awal2 persekolhan dulu azzam ni terlalu ghairah untuk beratur time rehat dikantin.... dia x nak bawa bekalan yang umi masak dari rumah.. manakala Ahmad Mujahid pula memang suka bawa masakan ummi... sebab katanya malas nak beratur.. macam2 karenah....
Ahmad Mujahid dan Al 'Azzam bergaya baju sekolah baru :)
Manakala Kak Nur sudah di kelas 6 tahun di Tadika JAIM Pengkalan Jajar... Kasian Kakak kat sekolah sorang2... Tapi nampaknya dia dah boleh berdikari kerana sebelum ini dia bersama abangnya Al Azzam kat tadika.. yang 2 orang lagi, Zatul Insyirah dan Zatul Wijdan masih menginap di rumah Mak Usu sewaktu abi dan ummi di sekolah.
Tahun ini , ALLAH SWT permudahkan abi dan ummi dengan mengurniakan sebuah kereta kecil. senanag untuk abi dan ummi berpergimari.
Antara berita yang menggembirakan abi tahun ini ialah offer dari sahabat semasa di JOrden dulu... abi ditawarkan menjadi mutawwif umrah pada cuti sekolah Mac ini.. AlhamduliLLAH thummalHamduliLLAH.... seronok dan sayu rasanya kalau diizinkan menjadi tetamu ALLAH SWT dan RasulNYA SAW. Sedang abi ini manusia yang banyak melakukan dosa.
Ya ALLAH ampuni dosa2ku.. samada yang aku ketahui atau aku tidak ketahui... sesungguhnya dengan sifat RahmaMU dan RahimMu... aku berharap ENGKAU golongkan aku dan keluargaku dalam golongan yang menjadi kekasih RasuluLLAH dan KekasihMU... Ya Karim...
Rasanya cukup dulu setakat ini... lain kali abi akan tulis lagi diari aku seorang abi.
Wassalam