Thursday, November 17, 2011

Wah dah sampai akhir tahun sudah....

Assalamualaikum

ALhamduliLLAH bersua kembali abi dalam blog Diari aku seorang Abi...

setelah hampir 9 bulan blog ini terbengkalai dek kesibukan menjalani aktiviti harian ditambah wujudnya penggunaan Facebook.. abi leka dan x sempat untuk mengupdate blog ini untuk tatapan anak-anak abi yang tersayang..

ALhamduliLLAH besok hari terakhir sekolah pada tahun ini.. walaupun keputusan untuk balik mengajar diKelantan tidak memuaskan hati abi dan ummi... tapi kami amat yakin bahawa di sana ada hikmah yang ALLAH nak uji supaya abi lebih yakin dengan percaturan ALLAH SWT dalam kehidupan ...

hati Abi dan Ummi terubat bila anak2 abi mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang... Kak NUr dapat tempat pertama dalam kelas di Tadika Pengkalan Jajar... AL Azzam pula tempat ketiga dan masih layak untuk bersaing dengan kelas A tahun Hadapan.. manakala Ahmad Mujahid juga menunjukkan peningkatan yang amat ketara dari tempat ke 29 jatuh tempat ke 4 pada peperiksaan akhir tahun ini... Tahun depan Ahmad akan naik kelas 4A dan bersaing dengan rakan2 lain insya ALLAH.. ALhamduliLLAH atas kurniaan anak2 yang pintar seperti kamu semua...

Hari ini abi cuti awal daripada ummi dan anak sebab SPM. baliklah doakan moga blog ini akan terisi dengan maklumat untuk anak2 abi pada masa depan...

Insya ALLAH Zatul Insyirah akan belajar di Tadika JAIM Pengkalan Jajar pada tahun 2011 manakala Zatunnur pula akan ke sekolah abg2 nya iaitu sekolah Rendah Arab Pernu.

Ya ALLAH.. rasanya x sabar untuk pulang ke Kelantan untuk bercuti setelah penah dengan tugas di sekolah... selepas tamat konvo Kak Nur 19/11 ini kita akan terus pulang kekelantan... Insya ALLAH..

oklah abi stop disini dulu... Moga2 anak2 abi menjadi insan yang berakhlak dengan akhlak yang dibawa oleh Baginda RAsuluLLAH SAW..  menjadi anak2 soleh dan solehah.. amin ya RABB..

Wassalam

No comments:

Post a Comment