Wednesday, October 28, 2009

Ummi terbang...

Assalamulaiku...

Malam tadi abi dan 2 putera abi sampai melaka pada pukul 930 mlm... lebih kurang 2 jam dr LCCT.. kami berhenti rehat di R&R senawang... ummi dan 3 puteri abi bertolak ke Kelantan lewat skit sebab flight delay beberapa ketika.. ummi n the gang sampai KBaharu pada jam yang sama dengan abi.. walaupun jarak perjalan mereka lebih jauh.. tap masa yang diambil sama saja untuk sampai ...

Sudah pasti lepas ahmad dan azzam merindui ummi diorang... abi rindu kat 3 puteri abi... lebih2 lagi baru mengenali Zatul Wijdan baru 10 hari...

Apapun ini merupakan cabaran dan dugaan kepada abi untuk menguruskan 2 putera tanpa isteri disisi..

ok lah.. masa abi tgh menaip ni abi sedang mengawas peperiksaan biology form 4 yang dah start exam semalam lagi..

oklah semoga anak2 abi tabah dan belajar berdikari semasa dalam jagaan abi..

Sekian

Thursday, October 22, 2009

Zatul Wijdan





Dengan ini abi isytiharkan nama anak baru abi ialah Zatul Wijdan.... nama kegemaran ummi...

Tuesday, October 20, 2009

kelahiran anak kelima dan harijadi Mujahid...

Alhamdulillah

Broadband abi x boleh bukak hampir 2/3 hari.. jadi x dapat nk post..Anak kelima abi lahir pada 16/10 pukul 3.07 petang( hari jumaat). selepas sehari Opah beli kek harijadi kepada Ahmad Mujahid kerana menyambut hari lahir ke 7 pada 18/10/ 2009.

Semasa kelahiran baby abi yang ke lima, opah, mak cu dan mak ndak datang membantu jaga anak2 abi.. alhamdlillah x sangka senang kerja..

Masa saat kelahiran.. nampaknya ALLAH memudahkan proses kelahiran walaupun ummi terpaksa berusaha 3 kali teran.. dan akhirnya w**d** keluar melihat dunia...

Abi dan umi belum tau lagi nama sesuai tetapi insya ALLAH pagi ni abi akan daftar kelahiran dengan nama tu...semuanya atas permintaan ummi..

emm abi dah cuba upload gambar anak baru abi dan gambar kek ahmad.. tapi line internet x laju.. nantilah abi akan uplosd gambar2 anak2 abi..

sekian dulu..

Thursday, October 15, 2009

Dah sampai masanya yang dinantikan...

Salam..

Pagi ni pukul 8pg abi nk hantar ummi ke hospital... simptom nk melahirkan anak sudah ada.. Doakan dimudahkan ummi melahirkan anak abi dengan selamat dan cepat..DU ummi 15/10/2009...

Sekian berita untuk pagi Khamis 15/10..

wassalam

Tuesday, October 13, 2009

Cuba dulu... HI GoAT.. sedap..

Salamullahu 'alaikum

Ramai betul bersalah faham tentang kebaikan susu kambing.. abi bukan apa.. bila hari ahad 2 hari lepas menghadiri jamuan aidilfitri di hotel Seri Malayisa Ayer Keroh.. beberapa org tampil memberi testimoni penggunaan susu kambing.. menakjubkan sekali fadhilat yang ALLAH kurniakan pada susu kambing.. antara testimoni yang dikongsi oleh hadirin ialah:

1) Pesakit kencing manis berkurang setelah minum susu kambing.
2) Penyakit tiroid yg kronik dihadapai oleh seorang makcik sembuh dengan izin ALLAH setelah mengamalkan minum susu kambing.
3) penyakit resdung yang yang dihadapi oleh seorg cikgu sembuh setelah 10 thn menderita penyakit resdung.
4) Seorang pesakit tulang reput yang terlantar dikatil sembuh dengan pembinaan kalsium dan dapat berjalan seperti biasa dalam masa 3 minggu setelah mencuba 3 minggu susu kambing/ Sphyru.

Dan banyak lagi.. abi kongsikan sedikit ni untuk dibuat renungan.. bila sebut susu kambing jangan terus ketawa.. macam pelajar kelas abi tadi.. ketawa bila abi cerita pasal susu kambing..apapun.. kalau sesiapa berkeinginan mencuba boleh telefon abi.. khusus untuk penghuni melaka tengah dan kelantan ( time cuti sekolah sahaja)

Kalau nk buat bisnes pun ok.. menarik..

ok lah abi permisi dulu.. nk pegi amik susu kambing ada orang nk mencuba.. sekian wassalam..

Tuesday, October 6, 2009

Cik As ke Riau sambung blaja...

3 okt 2009 adik abi iaitu cik su hantar sms.. ringkas saja.." asma' baru +6287893374803 15 sen satu mesej .. col 30 saat 45 sen.."

Itulah kadar untuk menghubungi seorang adik abi ( cik As) yang kini menyambung pengajian di Sebuah university di Riau.. Abi pun x perasan bila cik As ni bertolak.. x maklumkan langsung pemergian dia ko abi.. tahu2 dah sampai sana.. oklah..

Masa Abi col dengar suara cik As gumbira saja.. moga2 dapat menjaga diri di perantauan.. carik ilmu sebanyak mungkin... jangan rindu-rinduan... nanti ada masa abi akan col lagi...

Hari Cik As berangkat tu abi ada sekolah ganti.. kalau tau mungkin abi pun gi hantar cik As kat airport.. apapaun semua dah selamat.. ok lah

Selamat menempuh alam pengajian baru.. jangan main2...

Salam dari kampung Alai Melaka..

Doakan Abi dan Ummi boleh pindah balik Kelantan Tanah tumpah Darahku... tunggu kami di sana...

Wassalam

Sunday, October 4, 2009

kunjungan opah dan tok ki

Assalamualaikum

Lama dah x posting cerita abi dalam blog ni.. sibuk dan dan x banyak waktu... ni cerita pagi Ahad .. semalam hari sabtu sekolah ganti di sekolah abi.. opah n tok ki pula sampai pagi semalam datang ke Melaka... untuk menghadiri majlis konvo mak ndak di UtEM.. selesai majlis mereka balik ke rumah abi.. ahmad, azzam, nur dan Insyirah gembira sungguh.. meriah rumah abi..tapi opah dan tokki nk balik dah malam nie.. esok dah x meriah lagi..

Opah ajak pegi mydin pagi nie. ummi pun nk bersenam sambil jalan2 .. jadi pagi ni kita jalan2 kat mydin ayer Keroh..

ok lah abi nk melayari blog sekejap..

sekian