Sunday, January 17, 2010

Ke Banting

Assalamualaikum..

Semalam 15/1/2010 abi ,ummi dan anak2 berkunjung ke Banting umah Che Cik yang baru dipostingkan ke sana.. kasin che Cik.. berjauhan dengan Itqan, Danish dan Fitri.. sabarlah ye... Insya ALLAH bulan 6 ni dapat bertukar ke Sabah..

Kami bertolak hampir pukul 6 ptg dan sampai dala pukul 8 malam lebih.. kat sana, selepas makan malam abi naik tingkat atas yamah yang dibiarkan kosong tanpa penghuni.. sebenarnya berpenghuni...hehehhe abi keluarkan penghuni2 yg x bertauliah itu dan yg tinggal beberapa ekor tikus di atas syiling umah...abi sebenarnya x berapa sihat hampir seminggu lebih.... dan malam tu gigi abi buat hal .. sakit sehingga abi x dapat nk buat pagar umah yg baik.. abi solat jamak & Qasar then terus tidur..

Esoknya abi bersama yg lain2 pergi berkungjung ke pantai Morib melihat pantai, monyet2nya dan paling seronok berkunjung melihat rumah sewa kami semasa praktikal guru di Banting pada tahun 2003 lepas.. mengimbau kenangan silam yg x mungkin hilang dari ingatan.kat Pantai Morib Insyi terkejut sampai menangis sebab goreng pisangnya di ambil monyet..hehehe. semasa perjalanan pulang ke rumah sewa Che Cik... kami singgah di perusahaan keropok yg popular di Banting.. dan selepas itu terus pulang ke rumah selepas membeli lauk pauk untuk makan tengahari.... abi balik umah x berapa selesa sebab gigi masih berdenyut2.. abi buat keputusan ke klinik gigi untuk meninggalkan pusaka abi yg sejak hampir 30 tahun berkhidmat kepada abi.. sedih hati ingin membuang gigi geraham abi. di Banting.. tetapi sudah menjadi takdir.. nak buat guano kan..

kami bertolak pulang ke kampung Alai pada pukul 630 malam.... dan sampai ke Melaka pukul 830 malam. maka tamatlah sesi ziarah kami hujung minggu ini....

sekian dulu TQ

Saturday, January 9, 2010

Alam persekolahan..

AlhamduliLLAH..

Seminggu sudah alam persekolahan ditempuh oleh murid2 dan pelajar sekolah..begitu juga anak abi... tahun ini anak abi Zatunnur baru masuk sekolah tadika 5 tahun... hari pertama sekolah dia nangis sebab x jumpa kasut, padahal abi dah tulis namanya kat kasut.. nasib baik ada abangnya Al 'Azzam yang belajar dalam kelas 6 tahun.. tolong bacakan namanya.. balik rumah bercerita pasal x jumpa kasut.. hari kedua dan seterusnya nampak macam dah ok dan x der masalah.. senang aje ..

Ahmad Mujahid pulak dah semakin matang dengan sekolah.. x de masalah pun.. setakat seminggu ni diorang dikerah tidur awal seawal 9 malam. tapi biasanya akan berlanjutan sampai kul 10 malam.. katanya mata x ngantuk.. semuanya penangan cuti sebulan dan mereka main sampai kul 11/12 malam..pagi abi dan ummi akan kejutkan mereka seawal 620 pagi.. nak kejar untuk mandi, sarapan pagi dan kesekolah...

Apapun abi mengucapkan selamat belajar dan abi sentiasa hantarkan kalian dengan doa moga2 anak2 abi menjadi insan soleh dan solehah beserta sihat tubuh badan mampu mendepani cabaran akhir zaman yang penuh dengan ujian dan dogaan...

Siiru 'ala BarakatiLLAH...