Wednesday, December 30, 2009

Pulang ke Melaka

Assalamualaikum

Alhamdulillah saat abi menulis ini, abi sedang berehat .. letih semalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka bermula pukul 11.00 pagi dan sampai ke Melaka pada pukul 11.30 malam.. perjalanan memakan masa 13 jam!! pertama sebab banyak berhenti.. kedua berhenti di rumah Mak de di Balok Pahang.. hantar barang2 kiriman Opah dan Tok ki berupa sejadah dari Mekah kepada adik-beradik opah di Pahang.. kat situ pundah hampir sejam setengah..

Apapun Alhamdulillah abi, umi, anak2 dan cik su selamat sampai ke Melaka.. tahun baru Hijrah dah lama bermula.. tapi abi belum lagi set up apa kerja2 yang nak dibuat pada tahun ni..Moga2 ALLAH memberi kemudahan perjalan abi di dunia ini bersama keberkatan daripadaNYA..

Amin..

Monday, December 21, 2009

Barang dr Mekah...

Lama x masuk blog sendiri.. semalam abi n ipar duai pergi jemput Tokki dan Opan yang baru pulang dari menunaikan Haji di Makkatul Mukarramah di lapangan terpang Pengkalan Chepa... alhamdulillah selamat sampai dengan sempurna.. taqabbalaLLAHu tho'atakum..

Mlmnya minum air zam-zam, buah tin, kurma dll... kemudian abi, umi, anak2 serta semua ipar duai terima hadiah dr Mekah.. banyak sungguh mertuaku bagi segan pulak nk menerimanya..antara yg abi terima kopiah yaman, jubah musim panas, tasbih kayu koka 33 biji, cincin kayu koka, serban, jam tangan.. fuh banyak sungguh.. moga2 ALLAH memberkati ibu mertua dan bapa mertuaku...

Amin..

Wassalam

Sunday, December 13, 2009

Selesai satu agenda..

Assalamualaikum.

ALhamdulillah dengan rahmat dan inayah ALLAH dapat juga abi menyelesaikan majlis kesyukuran dan  aqiqah Zatul Wijdan di rumah kami sendiri di Tanah Merah, Kelantan.. Majlis tersebut dibuat pada 11/12/2009.. ini merupakan kali pertama majlis yg agak besar jemputannya dibuat di rumah sendiri... seronok bukan main.. abi menyediakan hidangan nasi kerabu special dan kurma kambing dan kerutuk kambing di tambah dengan roti jala dan roti.. buat lain daripada orang lain.. sebab semuanya main tempah aje

Baru tahu bagaimana nk menguruskan majlis besar bukan senang2.. patutlah ada pendapat mengatakan tuan punya kerja boleh menjamakkan solat dalam keadaan sibik begini..antaranya.. saudara saudari boleh rujuk kitab2 muktabar..tapi abi x jamak pun.. masih sempat solat dengan baik..:)

kehadiran saudara-saudara sebelah abi dana ummi serta kawan karib menyerikan lagi majlis kami... syukran lakum.. moga2 kedatangan itu juga menambahkan rezeki kami seta limpahan rahmat daripada ALLAH penguasa 'alam ini...

Selepas in abi nk hadap saatu  lagi program Kursus Sihir dan rawatan di balai Islam..semua itu termasuk dalam program cuti2 kenatan tahun ini...:)

sekian catatan abi untuk kalian wahai generasiku..

Wassalam..

Tuesday, December 1, 2009

sedikit catatan...

Assalamualaikum..

Pagi x berapa semangat untuk berblog.. tapi ada catatan perlu diukir.. raya tahun ni abi x korban sebab kehabisan lembu... hehe tapi makan daging korban x berkurangan sperti tahun2 lepas...

Malam tadi ahmad dan azzam tidur kat rumah tok uban dengan abang long asyraf dan Itqan... bila dah jumpa kawan2 x nk balik rumah tanah merah...

ok lah tu saja catatannya..

Thursday, November 19, 2009

ke Sumatera

Assalamualaikum...

Sekejap lagi abi nak tidur.. malam ni kena tidur awal.. sebab kena bangun kul 1.30 pagi nanti.. sebab abi nk bersedia untuk ke Sekolah dan dar sekolah abi akan ke LCCT pukul 3.00 pagi....

Dari LCCT abi akan berlepas ke Minangkabau International Airport pada pukul  7.50 pagi.. Koperasi sekolah abi anjurkan untuk guru-guru koperasi lawatan ke Sumatera pada tahun ini... tahun lepas dah melawat kuching..

Lama rasanya x posting baru.. sibuk sedikit akhir tahun ni... selepas hantar Ahmad dan Azzam ke Kelantan pada 11/11/2009 ari tu , abi kembali ke Melaka dengan bas pada 15/11/2009 kerana besoknya bersekolah.. sedih meninggalkan anak2 dan umminya di Tok Uban ... tapi apakan daya abi kena meneruskan tugas dan ada lawatan... bersabarlah ye..

Ok lah abi pun x nak lama2 depan laptop ni.. ada urusan yang perlu dibereskan.. Doakan abi pergi dan pulang ke Malaysia dengan selamat dan dipayungi dengan keredhaan ALLAH...

Sekian dulu buat kali ini coretan abi untuk anak2 dan isteri tersayang..


Salamun 'alaikum

Monday, November 9, 2009

2 minggu ummi di Kelantan...

Assalamamualaikum..

lama x undate blog ni... maklum lah sibuk sikit.. menjaga 2 orang putera ni memerlukan sedikit masa.. nk keluar rumah pun susah.. jadi banyak kerja yang tertangguh dan x dapat diselesaikan.. dah 2 minggu ummi, zatunnur, Insyirah dan Wijdan balik kelantan... kerinduan abi dan dua putera abi kepada ummi n the geng semakin jelas..

Tapi anak2 abi ni dia x menunjukkan reaksi sangat ... sekadar membilang hari bila nk balik kelantan... kami akan balik pada 11/11 ni.. naik flight di LCCT sepang... saja nk try balik kelantan sepantas yg boleh..

Sepanjang 2 minggu anak2 dok ngan abi ni.. alhamduliLLAH.. makan minum semua cukup... cukup masa abi masa.. masak dengan order je.. nasik goreng cina menjadi pilihan ahmad dan azzam.. abi pulak nasik goreng kampung... kalau hari cuti cam biasa kami akan makan nasik lemak..

Yang seronoknya bila boleh makan di kedai yang berbeza2.. heheh pengalaman menarik buat ahmad dan azzam.. sampai diorang ni tanya abi.." kita ni asyik2 makan kat kedai.. bila abi nk masa"

ok lah masa ni pun nk maghrib.. abi nk selia 2 org putera abi yang masih dok dalam tandas.. kalau abi x kejar .. jawabnya sampai subuh esok x nk kuar dari tandas...

ok salam buat semua..

Wednesday, October 28, 2009

Ummi terbang...

Assalamulaiku...

Malam tadi abi dan 2 putera abi sampai melaka pada pukul 930 mlm... lebih kurang 2 jam dr LCCT.. kami berhenti rehat di R&R senawang... ummi dan 3 puteri abi bertolak ke Kelantan lewat skit sebab flight delay beberapa ketika.. ummi n the gang sampai KBaharu pada jam yang sama dengan abi.. walaupun jarak perjalan mereka lebih jauh.. tap masa yang diambil sama saja untuk sampai ...

Sudah pasti lepas ahmad dan azzam merindui ummi diorang... abi rindu kat 3 puteri abi... lebih2 lagi baru mengenali Zatul Wijdan baru 10 hari...

Apapun ini merupakan cabaran dan dugaan kepada abi untuk menguruskan 2 putera tanpa isteri disisi..

ok lah.. masa abi tgh menaip ni abi sedang mengawas peperiksaan biology form 4 yang dah start exam semalam lagi..

oklah semoga anak2 abi tabah dan belajar berdikari semasa dalam jagaan abi..

Sekian

Thursday, October 22, 2009

Zatul Wijdan





Dengan ini abi isytiharkan nama anak baru abi ialah Zatul Wijdan.... nama kegemaran ummi...

Tuesday, October 20, 2009

kelahiran anak kelima dan harijadi Mujahid...

Alhamdulillah

Broadband abi x boleh bukak hampir 2/3 hari.. jadi x dapat nk post..Anak kelima abi lahir pada 16/10 pukul 3.07 petang( hari jumaat). selepas sehari Opah beli kek harijadi kepada Ahmad Mujahid kerana menyambut hari lahir ke 7 pada 18/10/ 2009.

Semasa kelahiran baby abi yang ke lima, opah, mak cu dan mak ndak datang membantu jaga anak2 abi.. alhamdlillah x sangka senang kerja..

Masa saat kelahiran.. nampaknya ALLAH memudahkan proses kelahiran walaupun ummi terpaksa berusaha 3 kali teran.. dan akhirnya w**d** keluar melihat dunia...

Abi dan umi belum tau lagi nama sesuai tetapi insya ALLAH pagi ni abi akan daftar kelahiran dengan nama tu...semuanya atas permintaan ummi..

emm abi dah cuba upload gambar anak baru abi dan gambar kek ahmad.. tapi line internet x laju.. nantilah abi akan uplosd gambar2 anak2 abi..

sekian dulu..

Thursday, October 15, 2009

Dah sampai masanya yang dinantikan...

Salam..

Pagi ni pukul 8pg abi nk hantar ummi ke hospital... simptom nk melahirkan anak sudah ada.. Doakan dimudahkan ummi melahirkan anak abi dengan selamat dan cepat..DU ummi 15/10/2009...

Sekian berita untuk pagi Khamis 15/10..

wassalam

Tuesday, October 13, 2009

Cuba dulu... HI GoAT.. sedap..

Salamullahu 'alaikum

Ramai betul bersalah faham tentang kebaikan susu kambing.. abi bukan apa.. bila hari ahad 2 hari lepas menghadiri jamuan aidilfitri di hotel Seri Malayisa Ayer Keroh.. beberapa org tampil memberi testimoni penggunaan susu kambing.. menakjubkan sekali fadhilat yang ALLAH kurniakan pada susu kambing.. antara testimoni yang dikongsi oleh hadirin ialah:

1) Pesakit kencing manis berkurang setelah minum susu kambing.
2) Penyakit tiroid yg kronik dihadapai oleh seorang makcik sembuh dengan izin ALLAH setelah mengamalkan minum susu kambing.
3) penyakit resdung yang yang dihadapi oleh seorg cikgu sembuh setelah 10 thn menderita penyakit resdung.
4) Seorang pesakit tulang reput yang terlantar dikatil sembuh dengan pembinaan kalsium dan dapat berjalan seperti biasa dalam masa 3 minggu setelah mencuba 3 minggu susu kambing/ Sphyru.

Dan banyak lagi.. abi kongsikan sedikit ni untuk dibuat renungan.. bila sebut susu kambing jangan terus ketawa.. macam pelajar kelas abi tadi.. ketawa bila abi cerita pasal susu kambing..apapun.. kalau sesiapa berkeinginan mencuba boleh telefon abi.. khusus untuk penghuni melaka tengah dan kelantan ( time cuti sekolah sahaja)

Kalau nk buat bisnes pun ok.. menarik..

ok lah abi permisi dulu.. nk pegi amik susu kambing ada orang nk mencuba.. sekian wassalam..

Tuesday, October 6, 2009

Cik As ke Riau sambung blaja...

3 okt 2009 adik abi iaitu cik su hantar sms.. ringkas saja.." asma' baru +6287893374803 15 sen satu mesej .. col 30 saat 45 sen.."

Itulah kadar untuk menghubungi seorang adik abi ( cik As) yang kini menyambung pengajian di Sebuah university di Riau.. Abi pun x perasan bila cik As ni bertolak.. x maklumkan langsung pemergian dia ko abi.. tahu2 dah sampai sana.. oklah..

Masa Abi col dengar suara cik As gumbira saja.. moga2 dapat menjaga diri di perantauan.. carik ilmu sebanyak mungkin... jangan rindu-rinduan... nanti ada masa abi akan col lagi...

Hari Cik As berangkat tu abi ada sekolah ganti.. kalau tau mungkin abi pun gi hantar cik As kat airport.. apapaun semua dah selamat.. ok lah

Selamat menempuh alam pengajian baru.. jangan main2...

Salam dari kampung Alai Melaka..

Doakan Abi dan Ummi boleh pindah balik Kelantan Tanah tumpah Darahku... tunggu kami di sana...

Wassalam

Sunday, October 4, 2009

kunjungan opah dan tok ki

Assalamualaikum

Lama dah x posting cerita abi dalam blog ni.. sibuk dan dan x banyak waktu... ni cerita pagi Ahad .. semalam hari sabtu sekolah ganti di sekolah abi.. opah n tok ki pula sampai pagi semalam datang ke Melaka... untuk menghadiri majlis konvo mak ndak di UtEM.. selesai majlis mereka balik ke rumah abi.. ahmad, azzam, nur dan Insyirah gembira sungguh.. meriah rumah abi..tapi opah dan tokki nk balik dah malam nie.. esok dah x meriah lagi..

Opah ajak pegi mydin pagi nie. ummi pun nk bersenam sambil jalan2 .. jadi pagi ni kita jalan2 kat mydin ayer Keroh..

ok lah abi nk melayari blog sekejap..

sekian

Friday, September 25, 2009

Hari tebuka ...

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah..

Alhamdulilllah Eidilfiti tahun dapat abi, ummi dan anak2 sambut di rumah baru kami.. walaupun belum lengkap lagi dengan perabut sepenuhnya.. rasanya cukuplah sekadar dapat memenuhi keperluan ..

Hari raya pertama kami menjemput keluarga sebelah ummi datang berkenal2an dengan pondok kecil kami.. ummi masak mee bandung muar.. semua adik beradik ummi atau ipar duai abi datang beraya rumah di Tanah merah.. bermula selepas kami berkunjung ke rumah nenek ummi terus balik kerumah untuk menantikan kehadiran sedara2. seronoh rasanya memiliki rumah sendiri...

Kunjungan Ustaz Asrol dan isteri juga memeriahkan lagi suasana hari raya pertama kami sekeluarga...

Hari berikutnya kami peruntukkan untuk menjejaki kaki kami ke rumah mak2 sedara yang bilangannya agak ramai... disamping adik abi, cik chik buat aqiqah untuk babynya Zulfa pada hari ke tiga raya... hari keempat pulak ke program menjalin kasih antara pak su man dengan gadis pilihannya Cik Su ( nama sebenar suhanis..) di Kg apa entah... abi x ingat nama kampungnya.. dekat ketereh.... di doakan sampai terikat satu ikatan sah dikemudian hari..

Hari raya ke lima pula abi dan ummi mengadakan rumah terbuka khas untuk keluarga abi kat kb.... bermula pul 5 petang mereka datang beransur2.. jalan raya jem teruk menyebabkan ada yang sampai hampir waktu maghrib..

Oleh kerana kesuntukan masa aktiviti sukaneka dibatalkan.. cuma ada pertandingan tiup belon untuk anak2 kami semua... tahunini cucu we n mama dan menjangkau 13 orang.. boleh tahan jugak lah.. mereka seronok juga dengan aktiviti berebut gula2 yang di kawal rapi oleh bakal2 guru iaitu cik wa, cik as, cik su dan pak su man... siap ada penyampaian hadiah lagi.. ni dah kira hari keluarga pulak...

waktu malam pula, paksu man membakar hotdog, burger dan lain2... santapan moreh.... alhamdulillah kemudian gambar keluarga untuk tahun ini di ambil... insya ALLAH abi akan masukkan dalam blog ni.. moga ikatan ukhuwah abi dan adik beradik yang lain samada sebelah abi dan ummi akan kekal erat sepanjang kehidupan abi di dunia fana ini...

rasanya panjang sangat dah ni.. letih korang membacanya.. ok lah.. abi berundur dulu...

Salam ukhuwwah dan kemaafan dari abi..

Monday, September 21, 2009

Perjalanan pulang...

Alhamdulillah pada hari Khamis 17/9 pukul 630 ptg kami bertolak dari Melaka ke Kelantan.. perjalanan menarik dan tiada kesesakan lalulintas.. berbuka di tangkak Johor.. perjalanan diteruskan dan berhenti sekejap menyuapkan makan anak2 di Petronas Segamat.. perjalanan diteruskan kemuadian abi kengantukan .... berhenti di Petrronas Muazzam Syah untuk menyegarkan badan ... perjalanan di teruskan... niat solat jamak ta'khir sebab merasakan dah banyak kali berhenti.. kemudian berhenti lagi di petronas gambang... kendiri lah.. anak2 semua dah tido masa tu x silap pukul 11 mlm lebih...

panjang lagi perjalanan kami... diteruskan sehingga sampai ke sungai Tong.. berhenti di Masjid untuk solat Isya dan maghrib .. masa sudah pukul 3 pagi.. sempat berqiam di situ dalam kereta.. kemudian terlelap sekejap hampir sejam...

terkejut pukul 4 pagi .. abi memandu lagi sehingga sampai di Jabi.. abi n ummi berhenti sekejap untuk bersahur dan waktu itu pukul 5 pagi... alhamdulillah selesai abi teruskan perjalanan sampai ke Tanah Merah pukul 630 pagi..

Alhamdulillah selamat sampai setelah hampir 12 jam dalam kereta... dan semua anak2 abi dalam keadaan sihat wal afiat semuanya...

tamat cerita ..

Tuesday, September 15, 2009

Terima kasih ummi..

Alhamdulillah.. ummi dah dapat cuti 2 minggu sebelum due bersalin 15/10/09.. bermakna ummi akan bercuti mulai 1/ 10 ini.. syukur abi tengok ummi dapat rehat lepas ni.. kasian juga kadang2 bila ummi kelihatan letih saja selepas waktu sekolah..

Tapi semangat ummi sangat kuat.. ummi akan masakkan untuk kami waktu berbuka.. kecuali kalau ummi terlalu penat abi pula yang akan masak masakan tunjuk2.. abi tolong juga ummi waktu petang.. maklumlah abi kan suami mithali..

Emm ... Ummi ni sangat konsisten mengajar anak2 mengaji quran.. seorang yang tegas dalam mendisiplinkan anak2.. abi kagum sebenarnya.... selepas waktu maghrib.. ummi peruntukkan waktu mengajar anak2 mengaji... banyak betul pengorbanan ummi kepada abi dan anak2...

Apapun sekadar luahan rasa.. abi bersyukur ada seorang wanita yang sanggup menjadi ummi kepada anak2 abi.. dan mendidik anak2 abi dengan baik..

teruskan usahamu wahai ummi..

Sunday, September 13, 2009

Tingginya harapan abi...

Assalamualaikum..

Menyusuri saat terakhir Ramadhan terasa diri amat jauh dengan ALLAH.. sungguh susah mengeluarkan air mata... dipaksa barulah ia bercucuran... Ramadhan hampir beransur pergi.. meninggalkan abi dan anak2 dengan harapan ia muncul kembali, jika Qada'nya abi masih bernafas.. maka abi akan menyambutnya bersama kalian semua wahai anak2 ku....

Abi sentiasa mendoakan anak2 abi menjadi insan terpilih, abi doakan kalian semua menjadi manusia penyabar... mantap akidah.. serta pejuang kepada agama tercinta... cita2 abi melihat anak2 lelaki abi bergelar al Hafiz... impian abi yang x tercapai.. galilah sebanyak mungkin ilmu di dunia hari ini.. kerana tanpa ilmu kita akan sesat.. mengaku alim tetapi hakikatnya kita orang jahil!!

Anak2 perempuan abi... abi dambakan kalian menjadi anak2 soleheh... didiklah jiwa dan dirimu menjadi serikandi Islam yang ulung.. kerana tangan yang menggoncang dunia, akan melahirkan mujahid fi sabilillah... ingin sekali abi melihat generasi abi penyambung zuriat perjuangan abi yang tidak berkesudahan...


Ajyali al ahibba',

Abi menyusun barisan kemaafan, jika sepanjang mendidik kalian, abi terleka dalam menyuapkan titisan adab yang sopan, abi bukan insan terbaik.. tetapi mengharapkan kalian menjadi yang terbaik.... Ummi sebenarnya banyak membantu abi dalam liku2 mendidik kalian menjadi insan berguna.. pada agama dan tanah air...

Moga rintihan pagi 23 ramadhan ini menjadi penguat semangat abi selagi nyawa kurniaan ALLAH tidak terputus, abi akan didik anak2 abi menjadi yang terbaik..


Siiruu 'ala barakatiLLAH

Friday, September 11, 2009

x sempat nk posting

SalamuLLAHu 'alaikum...

baru nk posting.. tetiba waktu dah tamat.. so sambung bila ada masa nanti..

jangan marah..

Wassalam..

Wednesday, September 9, 2009

Kursus peneman di Hosp. Melaka

Salam Ukhuwwah ..

Hari Isnin lepas abi n ummi ambil cuti.. sebab terpaksa hadiri kursus peneman... kat Melaka saja ada kursus ini.. nk tau apa itu kursus peneman? Kursus yang membolehkan suami meneman isteri tatkala tiba masa melahirkan anak.... kalau di hospital lain x kisah.. x payah kursus2 pun boleh menemani isteri bersalin...

Walaupun dan 3 kali termasuk isnin lepas... sebenarnya ada juga lah input yang diperolehi daripada kursus selama 2 jam itu... setakat ni 3 orang anak abi lahir di Kelantan.. dan semuanya ditemani oleh abi.. abi melihat proses kelahiran dari awal sampai Mujahid, Azzam dan Insyirah keluar dan menangis... Sayangnya kak Nur abi x dapat nak saksikan sendiri kelahiran, sebab masa tu ummi nk kena bedah... bawak aje ke bilik pembedahan.. ummi bersalin normal kat situ.. Alhamdulillah.. itu cerita anak abi yang lahir kat Hosp. Melaka..

Anak yang kelima ni x tau pulak rezeki dilahir kat mana... kalau abi.. abi suka anak2 abi lahir di Kelantan.. taksub betul abi dengan Kelantan... ok lah dan panjang menaip nie.. waktu bersahur dah dekat... abi nk 'meeting sekejap' jap lagi nk tolong ummi sediakan sahur.. ewah.. entah betul ke tidak abi nie..

Ok lah ari n dah masuk 19 Ramadhan.. ya ALLAH cepat betul masa berlalu... ampunkan aku ya ALLAH .. astaghfiruLLAH... aku hambaMu yang banyak berdosa...

salam maghfirah buat semua...

Sunday, September 6, 2009

Beli baju raya..

Salam semua..

Lama abi x mencoretkan bicara abi dalam blog ni... maklum lah x sempat nk update blog disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.. antaranya periksa kertas ujian dan peperiksaan pelajar, kesibukan menjadi pengejar tarbiah Ramadhan... dan macam2 lagi..paling x selesa broadband abi ni slow sangat..

Semalam tengahari abi peruntukkan masa mencari baju raya.. AlhamduliLLAH semua baju anak2 abi dah selesai abi beli.. baju ummi paling susah nk cari sebab perut ummi dah maksimun.. so nk carik baju yang padan x jumpa.. last2 jumpa juga warna tema usrah abi tahun ini.. warna ungu...

Tahun x boleh mewah2 sebab kewangan meruncing sedikit... abi dah mula buat potongan pinjaman untuk rumah dekat Tanah Merah.. so kena jimat2 skit berbelanja..

Oklah.. sebenarnya abi x sabar nk balik Kelantan... tapi paling kuat x sabar bertemu malam Lailatul Qadr.. moga abi bertemu malam tersebut...

اللهم بلغني ليلة القدر في هذاالشهر

Oklah..cukup setakat ini.. buat adik2 abi... kita jumpa di Kelantan untuk sesama berhari raya nanti...


Amin.
..


Tuesday, September 1, 2009

Broadband rosak..

Salamun 'alaikum jami'a

Sudah beberapa hari broadband abi rosak... cable usb je rosak .. tapi menyebabkan abi x dapat online.. Alhamdulillah hari ini abi berusaha cari kedai yang jual usb.. jumpa.. dah x larat kalau x dapat online seharian..

Cerita terbaharu?? abi pun x tau nk cakap apa.. cuma hari ini Ahmad Mujahid x puasa... balik sekolah tadi dia mengadu pening kepala.. agaknya terkena hujan waktu hantar pagi tadi.. so abi bagi izin dia berbuka.. bukan main suka lagi dia..

emm.. kat sekolah menimbun kerja merait kertas budak2 mozac.. huh letih jugak nk siapkan satu persatu.. tapi memang dah kerja kan..

Ok lah abi nk baca Quran sekejap.. dah tertinggal 1 juzuk ni.. ketika perjalanan balik dari Kelantan hari tu.. sangat penat jadi 1 juzuk x dapat nk habiskan..

Friday, August 28, 2009

Puasa dan rumah baru..

Assalamualaikum..

Hari merupakan hari ketujuh Ahmad Mujahid berpuasa... Kalau awal2 asyik x ingat aje... kejap nk makan... kejap nk minum.. tapi sekarang dah boleh ingat.. awal2 dulu.. malam pun dia tanya ummi dia, boleh minum x? hahah.. penangan berpuasa... Apapun ALhamdulillah..

Puasa tahun ini abi dah bersahur dan berbuka di 3 tempat... Kota Baharu, Pasir Mas dan Tanah Merah... Banyak nya tempat berbuka.. mana x nya kena bahagikan masa kepada 3 tempat bila abi balik bercuti.. maknanya.. kalau cuti seminggu.. setiap tempat hanya 2 atau 3 hari sahaja.. x boleh lebih..

Sekejap lagi abi nk ke Tanah Merah.. nk gantung langsir yang Ummi buat... balik raya nanti rumah dah beres... saudara mara nk datang pun x kisah.. dah ada rumah sendiri tapi belum duduk sepenuhnya.. rezeki belum ada lagi...

Apapun kelengkapan kat rumah baru ditanah Merah dah hampir lengkap semuanya.. cuti akhir tahun ni memang abi akan masuk rumah secara rasmi... nk kena buat bekwoh skit... lagipun boleh buat aqiqah anak abi yang bakal lahir bulan 10 ni.. anak ke 5 abi.. Insya ALLAH..

ok lah abi x sempat nk uploadkan gambar rumah baru abi.. ada masa nanti, abi akan jadikan benda baru tu sebagai kenangan dalam blog abi ni..

ok Wassalam..

Monday, August 24, 2009

Dah selesa berpuasa...

Hari ini nampaknya Mujahid semakin selesa berpuasa.. dah 2 hari mujahid berpuasa.. hari pertama asyik meminta aje.. nak berbuka lah.. lapar lah.. dahaga lah.. suruh rehat x nak.. main macam adik2 dia jugak.. akhirnya dapat juga Mujahid melengkapkan puasa 2 hari.. hari ini nampaknya dah ok kot..

2 kali bersahur di rumah Tokki.. giliran semalam berbuka di rumah tok Wan.. insya ALLAH hari ini iftor bersama di rumah Tok Wan bersama keluarga cik Jah.. dah lama rasanya anak-anak abi x jumpa sepupu mereka.. Basyir, Baihaqi, Busyairi dan Nuha... petang nanti jumpalah tu...

ok lah abi pun x ada nk tulis apa dah.. nk baca quran kejap....

Wassalam..

Sunday, August 23, 2009

Berpuasa di Kelantan.. seronoknya..

Assalamuakum..

salam dari Kelantan...

Setelah berhempas pulas di atas kereta selama lebih 10 jam dari Melaka akhirnya abi n geng sampai ke Kg Tok Uban Pasir Mas Kelantan.. Alhamdulillah begitulah rutin bila balik Kelantan.. memenatkan.. tapi tatkala sampai saja.. semua keletihan hilang begitu sahaja..

Malam pertama solat tarawih pukul 3 pagi... :) biasalah anak rantau... Alhamdulillah.. dapat dikerjakan walau dalam penuh kedaifan...

Hari ini kami akan ke Kota Bharu untuk berbuka di rumah Tok Wan.. bersahur kat sana... kena pandai bajet masa betul2 bila dah berkeluarga.. Walaupun abi bergelar suami, abi kena adil.. baru ada klas..

Rumah kami kat Tanah Merah belum sempat dijenguk lagi, cuma abi aje yang pergi hari Sabtu semalam untuk sapu habuk2 dan meracun rumput supaya x nampak ditinggalkan sangat..

ok lah.. dah cukup lah rasanya coretan kali ini.. banyak perkara perlu abi buat selain blog nie.. AL Quran pun kena kejar skit... kalau x dapat sekurang2nya 1 kali khatam malu rasanya.. ALLAH dah offer bukan main besar lagi pahala.. kita manusia pula sibuk dengan dunia.. alahai manusia..

ok SELAMAT BERPUASA BUAT Ahmad Mujahid.. moga banyak sabar ye..

Friday, August 21, 2009

Balikkk kampung....

Assalamulaikum...

Petang ni selepas Jumaat, kami akan betolak ke Kelantan.. sempena cuti penggal dan bagi menyambut Awal Ramadhan..

Teringat nasihat daripada seorang Mak sedara sebelah Ummi, beliau selalu berpesan supaya balik sokmo jmpa ibubapa selagi mereka masih ada di dunia...

Bila dah tiada x ada guna lagi... ramai yang menganggap leceh lah balik sekejap saja.. tapi bagi abi dan ummi.. balik kampung adalah masa yang kami nanti2 kan.. boleh dikatakan abi dan ummi ni jenis pasangan home sick..

Lagi pun kami rindu jugak melihat rumah kami yang hanya dihuni sementara oleh jin2.. Belum di mudahkan urusan untuk kami berpindah ke Kelantan...

Apapun semua itu kehendak dan ketentuan ALLAH.. Abi redha dengannya...

Ok lah abi nk jamah pot Luck jap.. pihak kelab guru sekolah abi adakan jamuan untuk penutup sya'ban.. ok doakan kami dapat sampai ke kelantan dengan aman...

Wassalam

Sunday, August 16, 2009

Video bacaan Ruqyah Abi..

video

Sekadar berkongsi ilmu tajwid.. masih jauh lagi untuk menjadi seorang qari yang fasih.. kerana abi ditaqdirkan menjadi malizi... kalau ada kesalahan betulkan abi.. sekian

Ayat yang dibaca:

1-Surah Al Fatihah 1-7
2-Surah Al Baqarah 1-5
3- Surah Al Baqarah 102
4- surah Al Baqarah 163-164
5-Surah Al Baqarah 255
6-Surah Al Baqarah 285-286

Sambungan bacaan akan di baca selepas ini.. untuk rujukan anak2 abi semua..

sekian dulu

Saturday, August 15, 2009

Demam berbasikal....


Selamat pagi...

Pagi2 lagi anak2 abi keluarr rumah...berbasikal ... demam berbasikal katakan...



Tengok tu ahmad dan azzam siap merempit lagi dapat basikal baru siap baiki...hati2 tau.. jgn sampai kemalangan...


Tu dia ahmad dan azzam berbasikal.. kasian Nur sorang2 dok berlari.. nk join jugak ab2 x bagi... sabar ye kakak..



Friday, August 14, 2009

Baiki Basikal Mujahid dan Azzam..

Balik dr hantar Uncle Long abi x tau nk buat apa, jadi abi teringat dah banyak kali Mujahid dan
Azzam minta basikal mereka dibaiki..

Jadi abi amik peluang cuti hari ni bawa basikal mereka untuk dibaiki..

Basikal Ahmad sedang dibaiki...


Giliran basikal Azzam pula di baiki..

Petang ni kalau x hujan anak2 abi boleh main basikal, Azzam kalau dah elok demam boleh juga main Basikal..

Ziarah Abu Irfan ke Melaka



Assalamualaikum..




Abi bergambar bersama Abu Irfan dihadapan teratak buruk abi...

Semalam abu Irfan datang ke umah abi di Melaka. Abu irfan ada kursus bahasa arab di hotel Puteri Resolt Ayer Keroh bermula Isnin hingga khamis...

Mujahid, Azzam, Nur dan Insyirah panggil abu Irfan dengan gelaran Uncle Long...Petang semalam Uncle Long sampai, kakak Nur n Insyi bukan main manja lagi dengan pak sedara dia ni, begitulah anak2 perempuan abi, suka dengan bapa sedara mereka.. pelik jugak.. tapi memang begitu lah..

oklah nk bersiap pegi hantar Abu Irfan ke Melaka Sentral.. abi ari ni amik CRK saja nk ringan2 kepala drpd memikirkan pasal sekolah...




Uncle Long kat Melaka Sentral sebelum menaiki Bas ke Seremban.. then ke KLIA.. pandai2 lah ye.. semoga selamat sampai ke Sabah .. sampai sana kirim salam ko auntie Long, Irfan, Iyad, widad...

Wednesday, August 12, 2009

Bakar sampah



Ni dia 2 orang hero abi sedang membakar sampah.. abi baru buka laptop nk siapkan soalan bahasa arab tingtan 2, anak abi azzam datang.." abi jom lah bakar sampah.." abi kata x payah lah.. main benda lain.. " x nk.. abi jom lah abi"

Ummi pulak bersuara dr dapur.. pergilah layan anak2 tu abi oii... apa lagi.. abi pun tinggal kan kejap laptop abi.. ambil mancis.. turun umah tengok dah tersedia sampah yang hendak dibakar...

daun kering.. kertas2 yg x nk diguna.. dah pun dikumpulkan.. rajin anak2 abi ni.. bukan main semangat lagi kalau boleh bakar sampah.. sebenarnya nk main api..

Apa pun ingat.. kecil2 cili api besar dah jadi musuh... ingat tau...

ok abi nk solat subuh kejap...

wassalam

Tuesday, August 11, 2009

Sedarlah diri..



Assalamualaikum

Dia dah datang ke sekolah abi, peringatan semakin jelas dan dekat,
Ya ALLAH lindungilah kami ya ALLAH
Ya RAHMAN,
Engkau ciptakan kami dengan penuh kelembutan dan kesempurnaan, Engkau ciptakan bumi dan alam ini dengan penuh kehalusan, Engkau menjaga kandungan bayi2 dalam perut ibu..
sesungguhnya Engkau Maha Pencipta....

Kami memohon dengan suara kehambaan.. agar
Engkau angkatlah segala ujian dan peringatanMU ini...
Kasihanilah anak2 kecil kami ya ALLAH
Jadikan Kami manusia yang sedar dengan peringatan MU ini..

Kami ingat.. semasa kami di alam ruh lagi..
Kami menyahut pertanyaan MU..

ألست بربكم؟ قالوا بلى شهدنا

Maha Suci Engkau dari segala yang tercela..
pujian hanya senya untukMU
Ya RABB

Saturday, August 8, 2009

Hari minggu yang padat..

Assalamualaikum..

Sekadar catatan abi..

Minggu ni abi punya program full.
Bermula hari Jumaat petang -temujanji rawatan
Malam Sabtu- solat Hajat di Mozac. 10.00 malam ikut Ustaz Asrol .. balik malam tadi pukul 230 pagi.. masya Allah letih abi..

Pagi tadi kursus haji di sekolah.. pagi lagi 630 abi ke Mydin beli barang dapur untuk bekalan anak2 abi n ummi.
Beli Air mineral untuk pelajar2 abi skali..

830- 12.30 abi di sekolah..

2.00-6.30 ptg abi nk rest ngan anak2..

malam ni abi ada mau'id ngan Ustaz Asrol serta jemputan daripada Syiekh MZ

Esok ahad 9/8 kursus : Apa itu Tarekat..

last sekali abi x dapat rehat walau cuti 2 hari hujung minggu nie.. fully sungguh

kasian Ummi n anak2 abi x dapat jalan2.. tp x pe sekarang kan jerebu.. lebih elok dok kat umah aje kan..

kalau keadaan dan elok kita jalan2 pantai cystal bay..ok abi nk 'meeting' dengan ALLAH jap..

Siiruu 'ala barakatiLLAH..

Wednesday, August 5, 2009

Sekolah Ummi cuti seminggu

Assalamulaikum...

Bermula esok SMK pdang Temu.. sekolah tempat ummi mengajar akan ditutup selama seminggu..ALLAHu.. ini semua peringatan daripada ALLAH supaya kita kembali kepada ajaran Islam yang sempurna...semua orang cerita pasal H1N1.. takut semua...

Dapat juga ummi rehat kat umah selama seminggu.. gilirin abi bila lagi.. sebenarnya abi bukan nk sangat cuti ni.. sebab ia melibatkan mesti ada jangkitan di sekolah... NauzubiLLAH.. tapi sekejap tadi pengetua sekolah abi kata di Melaka Tengah sekarang dah teruk... ari tegahari tadi berita kata 3 kematian di Hospital melaka...seorang daripada mereka adalah kanak-kanak perempuan.. gerun jugak ... Adakah ini bala atau ujian... ??

Ok lah abi nk balik dulu.. moga ummi dan anak2 abi selamat daripada ujian yang ALLAH turunkan ini...

ok siiruu ala barakatiLLAH...

Allahumma bariklana biri'ayatika ya ALLAH

Tuesday, August 4, 2009

Ambil CRK..

Assalamulaikum..

Hari ni pagi2 abi dah posting.. sebab hari ni abi n ummi ambil cuti rehat Khas... saja abi nk bawa ummi cop kursus peneman.. tau x apa itu kursus peneman?

Kat Melaka ni, kalau seorang suami nk temankan isterinya bersalin dia mesti ambil kursus peneman.. kalau tidak, memang x boleh jadi peneman isteri ketika bersalin...

Alhamdulillah abi dan pun meneman ummi 3 kali kelahiran anak abi.. bermula Mujahid, Azzam dan Insyirah.. Nur aje yg abi x boleh teman.. sebab masa tu ummi nk kena bedah... last2 bersalin dalam bilik bedah.. tragis gak rasanya.. apa pun semua dah selamat...

Sungguh menginsafkan bila sang suami melihat bagaimana pengorbanan isterinya untuk menghadiahkan suami seorang zuriat.. abi insaf sebentar... pengorbanan ibu yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan anaknya... abi teringat ummi abi... melahirkan 10 orang anak... Ummiku ... jasamu akan kukenang sampai bila2.. x mampu ku balas kecuali mendoakan kesejahteraanmu di alam sana dan ku sedekahkan Al Fatihah untukmu sentiasa...


Ok lah.. pukul 8 pg ni nak bergerak hantar kakak n Insyi ke rumah Mak Cik Teh... Lepas ni abi n ummi nk enjoy..

Sekian Wassalam..

Monday, August 3, 2009

Ziarah ke gombak..

Assalamulaikum...

semalam hari minggu, Ummi ajak abi n anak2 pegi jalan2 gombak .. jmpe kawan lama .. kawan ummi dan abi.. elok lah.. sambil jalan2..

Pagi lagi ummi dah sedia sarapan nasi lemak.. emmm sedap nasi lemak umi dah lama x rasa .. anak2 pun bangun awal semalam bersiap mandi dan bersedia pergi ke gombak... jam 830 kami betolak.. sampai kul 1030 pagi.. kat sana sesi mengeratkan silaturrahim bermula..banyak yang kami borakkan.. lebih2 lagi pasal JOrdan. sebab Ammu Pa n Su Yah pegi ke Jordan seminggu.. sempat ummi kirim halaweh... tu yang kena pegi jalan gombak.. ambik halaweh dari Jordan..

X sempat lah pulak nk ambik gambar halaweh tue.. kami bertolak ke Melaka pukul 430 petang.. Jem pulak dekat zoo negara.. ada eksiden.. sampai Melaka dah pukul 7 mlm.. Alhamdulillah semua selamat .. dan misi ziarah semalam dikategori sebagai berjaya...


Bergambar dengan Ammu Pa kawan serumah di Jordan... kami kawin dan kenduri bersama2 ketika diperantauan..

Dah makan kenyang2 baru ingat nk ambil gambar... tu nasi maqlubah.. ada juga buah tin.. halaweh.. minyak zaitun.. menggamit kenangan sungguh...

Friday, July 31, 2009

Menangkap ikan sepat..

Petang Jumaat tadi abi keluar rumah, saja meninjau2 anak2 bermain, teringat zaman abi kanak2, sangat seronok bila melihat suasana rumah sewa abi hari ini yang masih ada suasana kampung..

mulanya abi x nk join diorang, tp bila nampak afiq kawan mujahid menangkap ikan dilongkang.. geram jugak rasa nk join sekali.. hehe nk tengok x ikan yang kitaorg dapat..



Abi seronok cuba menangkap ikan..



Ikan sepat yang dapat ditangkap.. nanti akan dilepaskan balik..



Mujahid dan kakak dan syuhada( kawan kakak) melihat lintah yg mereka dpt dr parit... dah kena garam pun...


Tadika punya cerita..

Selamat pagi semua..

Pagi ni abi nak mencoret kisah lampau abi semasa di tadika Kemas.. pada tahun 1985, abi sempat belajar di tadika selama lebih sedikit dari tempoh sebulan.. lepas tu x pegi lagi.. nk tau ape abi kata dekat ummi abi.." ala belajar kat tadika ni leceh lah, asyik2 ABC.. asyik2 ABC.." padahal abi ni malas.. jadi abi pun belajar lah di rumah dengan berhadapan dengan guru abi iaitu alam sekitar.. main kat umah.. lagi seronok.. itu zaman abi tau..

Anak abi mujahid abis tadika JAIM 2 tahun dari tahun 2007- 2008 ( JAIM Pengkalan Jajar) alhamdulillah pandai jugak anak abi ni.. last exam kat tadika JAIM tu Amad dapat tempat ke 5 kalau x silap abi.. Mabruk Mujahid..

Masuk pulak Sek Randah Arab Jaim Pernu.. amad dah mula dapat membaca... bagus anak sulung abi ni.. Ingat x ujian 1 Amad dapat no 24 per 27... Ummi pun berleter.. haha abi pun tumpang semangkuk.. maklumlah exited nk tengok anak2 abi&umi berjaya.. akhirnya peperiksaan pertengahan tahun Amad dah dapat no 5 dalam kelas.. Tahniah abi ucapkan...
teruskan usaha Mujahid.. pastikan akhir tahun nanti dapat no 1..

Azzam pula baru tahun ini merasa alam persekolahan tadika, anak abi sorang rajin macam abang dia.. ujian 1 azzam dapat no 1 dalam kelas.. tahniah, tahniah abi ucapkan.. tp peperiksaan pertengahan tahun Azzam dapat no 2 dalam kelas.. x pe lah Azzam masih ok lagi tu... lagipun umur Azzam baru lima tahun ... kira ok lah dah mula boleh membaca ... kalau nk banding dengan abi 5 tahun x kenal pun lagi tadika tu macamana.. dah lah abi sekolah tadika sebulan saja..haha

ok lah anak-anak abi.. mungkin ini menjadi sejarah untuk kalian nanti.. abi nk tido dulu lain kali ada masa abi cerita lagi..

Wassalam

Wednesday, July 29, 2009

Umur abi meningkat sudah..

السلام عليكم ورحمة الله

ُُEntah kenapa hari ini Abi memikirkan pasal umur... anak-anak Abi sudah meningkat umur.. kalau dulu Mujahid dilahirkan , abi dan umi baru 23 tahun.. mengasuhmu Mujahid merupakan satu cabaran buat kami yang masih muda ketika itu.. 'Azzam pula lahir ketika usia abngmu 2 tahun.. cabaran abi dan umi semakin bertambah.. abi terleka sekejap tentang usia dek tanggungjawab sebagai seorang ayah.sekarang mujahid sudah 7 tahun dan 'Azzam sudah 5 tahun..

Setahun kemudian adikmu Zatunnur lahir kedunia.. abi dimatangkan dengan kalian.. tanpa kalian sudah tentu abi x mengenal bagaimana lelah dan penat menjadi seorang ayah...2 tahun kemudian pulak..2007 abi menerima kehadiran Zatul Insyirah.. anak ke empat abi..kalian adalah generasi abi penyambung keturunan dan permata hati abi dan ummi..sekarang Nur sudahpun 4 tahun dan Insyirah 2 tahun.. dah besar anak-anak abi..

X sedar rasanya sekarang umur abi sudah menjangkau 30 tahun lebih.. dah tua rupanya abi kalian..

Kalian tau x.. semakin berusia abi dan umi semakin abi dekat dengan kematian..Abi cuma berharap kalian doakan kesejahteraan abi di alam sana jika abi pergi dulu..kerana anak-anak yang soleh akan menyumbang kebahagiaan abi di alam sana..

Abi sudah tua sayangku semua...

Kuatkan semangat kalian menghadapi dunia yang penuh cabaran.. iman kalian semua akan teruji.. tapi yakinlah.. dengan berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah.. kalian x akan hanyut begitu saja..

Siiruu 'ala barakatiLLAH..

Tuesday, July 28, 2009

Selamat ulangtahun Kelahiranmu Zatunnur( Kakak)

السلام عليكم ورحمة الله

Petang tadi anakandaku yang ketiga meluru ke arahku sejurus aku pulang dr sekolah.. abi!!" hari ini hari jadi kakak" katanya girang .. tersipu2 .. kemudian meminta.." boleh x abi .. kakak nk kek?" Aku hanya mampu senyum... bolehlah sayang...

Selepas Asar saya dan anak2 bergerak ke kedai roti Al Azhim di Telok Mas mencari kek untuk anakku Zatunnur.. moga2 panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam inayah dan hidayahMU wahai puteriku sayang..


عيد ميلاد سعيد
سنة حلوة يا جميل..سنة حلوة يا جميل...
اللهم طول عمرك وصحح أجسادك و اقض حاجتك يا بنتي الجميلة






ذات النور بنت الأزهر مع كعكها


كعك لعيد ميلاد بنتي


بعد 5 دقائق صارت النصف
Selepas 5 minit dah tinggal separuh..

BarakaLLAH fiki ya bintii..abi doakan kakak jadi muslimah yang solehah dan berjaya...

Anak-anak abi dah ingat Ayatulkursi..

video
Selepas maghrib semalam .. kalau saya solat dengan keluarga... menjadi rutin anak-anak akan di asuh membaca Al Fatihah dan ayat kursi..

Inilah gelagat anak-anakku...

Abi sentiasa doakan kalian menjadi orang-orang soleh yang kental akidah dan Kukuh pendirian..

Tanggal 26/6/2009

Buatmu isteriku

Takdirnya aku hanya insan bergelar suami,
yang menerima seikhlas hati
seorang isteri.
Janji yang terpatri
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
menyapa hatimu nan tulus.
Bersamalah kita redahi
liku yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
kekadang dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.


Zaujatil Habibah...


tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
menujah qalbumu... tapi..
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri…


Gelaranmu Umi....



Terima kasih ingin Abi ucapkan
Kepada seorang wanita bergelar Umi...
hadirmu mengiringi baki-baki nafasku....
Itulah Umi kepada Mujahid, ‘Azzam, Zatunnur dan Zatul Insyirah...



Umi...


Terima kasih kerana memberikan kepada Abi 4 pejuang penyambung zuriat
Bakal pejuang dan benteng pertahanan Islam di hari depan....
Jasamu Umi tidak akan Abi lupakan
Sehingga bila-bila.....

Umi...


Terima kasih kerana menjadi Isteri mithali kepada Abi....
Jasamu, pengorbananmu sebagai isteri tidak terperi...
Melayani kehendakku sebagai seorang suami.....
Menghadapi kerenahku, egoku dan romantikku...suamiMu Umi....
Terima kasih.... Umni....
Dikaulah ibu sejati....

Umi...


Jerih dan payahmu seharian melayan anak-anak cukupku hargai....
Tiada kata seindah bahasa yang mampu ku ucapkan kepada mu....
Selain daripada.... terima kasih Umi...


Umi...


Izinkan hari ini untuk Abi mengucapkan...
Eid milad sa'id kepada Umi....
Semoga akan ALLAH berikan kepada kita Baiti Jannati....


BarakaLLAHu fiiki, wa Thowwil umuruki fi khair, waftah laki hadayatuKA YA ALLAH...




Salam Muqaddimah


Assalamualaikum..

Selamat Datang dan Ahlan Wasahlan kepada semua pengunjung blog ini.. sebenarnya diari abumujahid ini lebih kepada perkongsian usrah saya sendir dan saya sembunyikan di dalam diari abumujahid al-urduni.

Jika tuan puan dapat mengambil istifadah daripada blog ini silakan..

Semoga keberkatan hidup kita sentiasa disinari dengan tazkirah dan dihiasi dengan panduan ILAHI dan Nur Nabi kita Muhammad SAW..

Siiruu 'ala barakatiLLAH