Friday, September 25, 2009

Hari tebuka ...

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah..

Alhamdulilllah Eidilfiti tahun dapat abi, ummi dan anak2 sambut di rumah baru kami.. walaupun belum lengkap lagi dengan perabut sepenuhnya.. rasanya cukuplah sekadar dapat memenuhi keperluan ..

Hari raya pertama kami menjemput keluarga sebelah ummi datang berkenal2an dengan pondok kecil kami.. ummi masak mee bandung muar.. semua adik beradik ummi atau ipar duai abi datang beraya rumah di Tanah merah.. bermula selepas kami berkunjung ke rumah nenek ummi terus balik kerumah untuk menantikan kehadiran sedara2. seronoh rasanya memiliki rumah sendiri...

Kunjungan Ustaz Asrol dan isteri juga memeriahkan lagi suasana hari raya pertama kami sekeluarga...

Hari berikutnya kami peruntukkan untuk menjejaki kaki kami ke rumah mak2 sedara yang bilangannya agak ramai... disamping adik abi, cik chik buat aqiqah untuk babynya Zulfa pada hari ke tiga raya... hari keempat pulak ke program menjalin kasih antara pak su man dengan gadis pilihannya Cik Su ( nama sebenar suhanis..) di Kg apa entah... abi x ingat nama kampungnya.. dekat ketereh.... di doakan sampai terikat satu ikatan sah dikemudian hari..

Hari raya ke lima pula abi dan ummi mengadakan rumah terbuka khas untuk keluarga abi kat kb.... bermula pul 5 petang mereka datang beransur2.. jalan raya jem teruk menyebabkan ada yang sampai hampir waktu maghrib..

Oleh kerana kesuntukan masa aktiviti sukaneka dibatalkan.. cuma ada pertandingan tiup belon untuk anak2 kami semua... tahunini cucu we n mama dan menjangkau 13 orang.. boleh tahan jugak lah.. mereka seronok juga dengan aktiviti berebut gula2 yang di kawal rapi oleh bakal2 guru iaitu cik wa, cik as, cik su dan pak su man... siap ada penyampaian hadiah lagi.. ni dah kira hari keluarga pulak...

waktu malam pula, paksu man membakar hotdog, burger dan lain2... santapan moreh.... alhamdulillah kemudian gambar keluarga untuk tahun ini di ambil... insya ALLAH abi akan masukkan dalam blog ni.. moga ikatan ukhuwah abi dan adik beradik yang lain samada sebelah abi dan ummi akan kekal erat sepanjang kehidupan abi di dunia fana ini...

rasanya panjang sangat dah ni.. letih korang membacanya.. ok lah.. abi berundur dulu...

Salam ukhuwwah dan kemaafan dari abi..

No comments:

Post a Comment