Sunday, June 20, 2010

KB-Marang-Kg Alai fuh penatnya..

Assalamualaikum..

Masa abi menulis ni .. abi baru saja sampai ke Kg Alai... 19/6 bertolak dari rumah tok wan selepas majlis walimatul urus Pok su man dengan Mak su nya... bertolak pukul 3.30 ptg singgah di Marang resort untuk rehat semalaman pada pukul 7.30 malam..

Pagi tadi 20/6 abi dan anak2 mandi manda di pantai yg terletak di belakang resort tu.. x lama pun setengah jam saja.. sebab abi pun x nak keletihan .. perjalan belum lagi separuh .. Insyi sempai tertelan 2 kali air masin pantai Marang.. manakalan anak2 tergambar kepuasan sebab dah lama dok 'nyebut' nk mandi pantai..

Bertolak dari Marang pukul 10.00 pagi dan singgah sekejap menghirup udara di pantai Cherating...,. meneruskan perjalanan ke Melaka dan sampai pada pukul 7 malam tadi..

Selepas tu terpaksa basuh baju2 yg dah agak banyak x berbasuh.. jemur sambil2 update antivirus yg dah 2 minggu x diupdate...

Misi seterusnya rehat.. esok pagi nk tanda skit lagi kertas 2 tingkatan 4... esok abi dan umi x kesekolah.. ambil cuti Rehat.. umi pulak x pergi sebab mak cik teh pengasuh insyi dan wijdan ada hal dan x dapat jaga mereka..

ok lah setakat ni dulu diari abi u7ntuk tatapan semua..

Wassalam

dan selamat malam

Saturday, June 5, 2010

NASYID khas untuk ummi

Ummi.. betapa bertuahnya anak2 abi mendapat ibu seperti ummi,,

Friday, June 4, 2010

Beli CPU baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ptg tadi abi pergi ke kedai komputer, ambil cpu yg abi tempah untuk kegunaan abi di rumah.. dengan kelajuan yang agak menarik, memudahkan abi melakukan banyak kerja yg tertangguh hampir 2/3 bulan jugak selepas laptop acer abi rosak..

Last2 dengan berkat kesabaran abi dapat juga abi beli cpu yang boleh lah digunakan secara peribadi dan memuaskan setakat ini.. lagipun 7 tahun free servis disamping 3 thn warantty..

lepas ni boleh abi posting cerita2 abi dalam diari abi dan diari abumujahid.. moga dapat menjadi tatapan generasi abi pada masa akan datang...

ok lah setakat ini dulu..

sekian wassalam

Tuesday, June 1, 2010

Balik bercuti lagi..

SalamuLLAH 'alaikum jami'a..

Lamanya x update blog diari aku seorang abi ini.. abi sekarang sangat sibuk dengan aktiviti2 selepas waktu sekolah.. kekadang seharian diluar.. kasian anak2 abi.. x dapat nak bermanja dengan abi.. mohon maaf dr abi kalian..

Sekarang abi dalam tempoh percubaan untuk menguasai ilmu berbekam dan abi juga sedang menambahbaik ilmu rawatan yg sangat cetek di dada..

Insya ALLAH hari Isnin 7/6/2010 kita sekeluarga akan pulang bercuti ke Kelantan selama 2 minggu.. moga keberkatan dan keriangan buat anak2 dan isteri tercinta abi..

Dah agak lama rumah kita kat Tanah Merah x berpenghuni.. Lepas ni riuh lah sekejap rumah yg dah lama sunyi sepi..

Mujahid, Azzam, Nur, Insyirah dan Wijdan pun dah lama x jumpa sepupu2 dan ibuayah sedara diorang.. pasti seronok..

Abi pulak nk mengisi masa dengan melepak di Kuliah TG Abdul Aziz Nik Mat setiap pagi jumaat.. tenang dan seronok hati abi bila terkenangkan negeri tanah tumpah darahku... Walau sedikit pahit menelan saki2 baki kehidupan di negeri orang .. abi berharap suatu hari nanti abi dan ummi mendapat ketenangan dengan bertapak semula di tanah air yang dicintai..

Oklah rindu pulak nak menulis panjang2.. tapi masa tiidak mengizinkan.. perlu tanda kertas peperiksaan dulu..


Wassalam