Wednesday, December 21, 2011

Antara coretan suka-suka cuti sekolah 2011

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah ada masa dan ruang untuk abi meng'up date' blog abi .. sebenarnya terlalu banyak peristiwa yang hendak dicoretkan untuk kali ini memandangkan pada akhir tahun ini khasnya pada cuti sekolah tahun 2011 ini usrah Darul Quran dan Tok Uban Family dapat menganjurkan pertemuan seisi keluarga besar kami..

Pada 26 dan 27 November 2011 dianjurkan family day untuk usrah Jannatul Firdaus bertempat di Sudara Beach Resolt. AlhamduliLLAH perbagai program dirancang dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.. bertolak dr rumah tok wan terus ke sudara beacah resolt semua keluarga , anak2 abi dan sepupu2 mereka terus ke Kolam berendam dan mandi mandi sehingga petang. pada sesi malamnya diadakan sesi ceramah, makan2, kotak beracun dan ucapan wakil2 family.

Rata-rata ahli Usrah besyukur dengan penganjuran kali pertama yang berjaya. Pada keesokan harinya diadakan senaman pagi dan sukaneka sebelum sekali lagi ahli keluarga turun berendam di dalam kolam.. sehingga tengahari barulah bersiap-siap untuk pulang selepas acara terakhir iaitu penyampaikan cenderahati dan cabutan bertuah. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak2 abi dan sepupu2 mereka.

Antara amanat Tok Wan yang sangat berguna ialah mengenai cara asuhan anak yang amat perlu dititikberatkan disamping amanat dr uncle long, ayoh long, abi sendiri , ayoh jie, Pok teh, Poksu man dan Ammu Sufi.

Pada tarikh berikutnya iaitu pada 9 Disember 2011 abi, ummi dan anak2 menghadiri perjumpaan Tok Uban Family di Restoran Nasi Ulam Cikgu di KOta Bharu. jelas terpancar keterharuan orang tua kita semua iaitu tok Ki dan Opah. Ucapan Opan mewakili Tokki sungguh menyentuh hati dengan segala kasih sayang yang tersirat disuratkan dengan ucapan pada hari itu.

Kemudian selepas makan2, diadakan ucapan wakil2 keluarga dan acara penyampaian hadiah untuk cucu2 tok ki dan opah dan cabutan bertuah oleh wakil keluarga masing2.

Rasanya sekadar itu saja coretan abi untuk posting kali ini.. insya ALLAH cuti sekolah yang bakal melabuhkan tirai ini memberi pengalaman yang berharga buat anak2 abi Ahmad Mujahid dan Al Azzam yang menyertai Kursus pemantapan Asas-asas Aqidah Islam di Masjid Paya Rambai bermula 28 Nov hingga 11 Disember 2011.

Diharapkan dan didoakan semoga tahun hijrah bermula akan memantapkan lagi tarbiah abi dan ummi dalam mengasuh anak2 ke arah asuhan yang terbaik. Insya ALLAH.

Sekian Wassalam

Thursday, November 17, 2011

Gambar anak-anak semasa konvo di tadika



Majlis Konvo Ahmad Mujahid bin Al Azhar 2008


Konvo Al 'Azzam bin Al Azhar 2010



Gambar Konvo Zatunnur binti Al Azhar 2011



Cita-cita anak perempuan pertama abi

Wah dah sampai akhir tahun sudah....

Assalamualaikum

ALhamduliLLAH bersua kembali abi dalam blog Diari aku seorang Abi...

setelah hampir 9 bulan blog ini terbengkalai dek kesibukan menjalani aktiviti harian ditambah wujudnya penggunaan Facebook.. abi leka dan x sempat untuk mengupdate blog ini untuk tatapan anak-anak abi yang tersayang..

ALhamduliLLAH besok hari terakhir sekolah pada tahun ini.. walaupun keputusan untuk balik mengajar diKelantan tidak memuaskan hati abi dan ummi... tapi kami amat yakin bahawa di sana ada hikmah yang ALLAH nak uji supaya abi lebih yakin dengan percaturan ALLAH SWT dalam kehidupan ...

hati Abi dan Ummi terubat bila anak2 abi mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang... Kak NUr dapat tempat pertama dalam kelas di Tadika Pengkalan Jajar... AL Azzam pula tempat ketiga dan masih layak untuk bersaing dengan kelas A tahun Hadapan.. manakala Ahmad Mujahid juga menunjukkan peningkatan yang amat ketara dari tempat ke 29 jatuh tempat ke 4 pada peperiksaan akhir tahun ini... Tahun depan Ahmad akan naik kelas 4A dan bersaing dengan rakan2 lain insya ALLAH.. ALhamduliLLAH atas kurniaan anak2 yang pintar seperti kamu semua...

Hari ini abi cuti awal daripada ummi dan anak sebab SPM. baliklah doakan moga blog ini akan terisi dengan maklumat untuk anak2 abi pada masa depan...

Insya ALLAH Zatul Insyirah akan belajar di Tadika JAIM Pengkalan Jajar pada tahun 2011 manakala Zatunnur pula akan ke sekolah abg2 nya iaitu sekolah Rendah Arab Pernu.

Ya ALLAH.. rasanya x sabar untuk pulang ke Kelantan untuk bercuti setelah penah dengan tugas di sekolah... selepas tamat konvo Kak Nur 19/11 ini kita akan terus pulang kekelantan... Insya ALLAH..

oklah abi stop disini dulu... Moga2 anak2 abi menjadi insan yang berakhlak dengan akhlak yang dibawa oleh Baginda RAsuluLLAH SAW..  menjadi anak2 soleh dan solehah.. amin ya RABB..

Wassalam

Tuesday, February 1, 2011

Persekolahan anak-anak 2011

Assalamualaikum

Hari ini dah sebulan sesi persekolahan 2011 bermula... Abi masih kekal di MOzac walau dah hampir 8 kali memohon untuk bertukar.. x apa lah... rezeki masih di Mozac... anak-anak pula saban tahun membesar dan punyai karenah yang berubah2.

AlhamduliLLAH.. Ahmad Mujahid sekarang sudah tahun 3 di SRA JAIM Pernu... 3B.. dilantik sebagai pengawas perpustakaan.. manakala adiknya Al 'Azzam pula menaiki Tahun 1 di sekolah yang sama dengan abang dia.. senang ada pemantauan dr abang.



Hari pertama abi terus bagi tanggungjawab kepada Mujahid untuk menjaga azzam.. alhamduliLLAH... tiada masalah sampai hari ini. Cuma awal2 persekolhan dulu azzam ni terlalu ghairah untuk beratur time rehat dikantin.... dia x nak bawa bekalan yang umi masak dari rumah.. manakala Ahmad Mujahid pula memang suka bawa masakan ummi... sebab katanya malas nak beratur.. macam2 karenah....

Ahmad Mujahid dan Al 'Azzam bergaya baju sekolah baru :)

Manakala Kak Nur sudah di kelas 6 tahun di Tadika JAIM Pengkalan Jajar... Kasian Kakak kat sekolah sorang2... Tapi nampaknya dia dah boleh berdikari kerana sebelum ini dia bersama abangnya Al Azzam kat tadika.. yang 2 orang lagi, Zatul Insyirah dan Zatul Wijdan masih menginap di rumah Mak Usu sewaktu abi dan ummi di sekolah.

Tahun ini , ALLAH SWT permudahkan abi dan ummi dengan mengurniakan sebuah kereta kecil. senanag untuk abi dan ummi berpergimari.

Antara berita yang menggembirakan abi tahun ini ialah offer dari sahabat semasa di JOrden dulu... abi ditawarkan menjadi mutawwif umrah pada cuti sekolah Mac ini.. AlhamduliLLAH thummalHamduliLLAH.... seronok dan sayu rasanya kalau diizinkan menjadi tetamu ALLAH SWT dan RasulNYA SAW. Sedang abi ini manusia yang banyak melakukan dosa.

Ya ALLAH ampuni dosa2ku.. samada yang aku ketahui atau aku tidak ketahui... sesungguhnya dengan sifat RahmaMU dan RahimMu... aku berharap ENGKAU golongkan aku dan keluargaku dalam golongan yang menjadi kekasih RasuluLLAH dan KekasihMU... Ya Karim...

Rasanya cukup dulu setakat ini... lain kali abi akan tulis lagi diari aku seorang abi.

Wassalam