Wednesday, December 21, 2011

Antara coretan suka-suka cuti sekolah 2011

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah ada masa dan ruang untuk abi meng'up date' blog abi .. sebenarnya terlalu banyak peristiwa yang hendak dicoretkan untuk kali ini memandangkan pada akhir tahun ini khasnya pada cuti sekolah tahun 2011 ini usrah Darul Quran dan Tok Uban Family dapat menganjurkan pertemuan seisi keluarga besar kami..

Pada 26 dan 27 November 2011 dianjurkan family day untuk usrah Jannatul Firdaus bertempat di Sudara Beach Resolt. AlhamduliLLAH perbagai program dirancang dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.. bertolak dr rumah tok wan terus ke sudara beacah resolt semua keluarga , anak2 abi dan sepupu2 mereka terus ke Kolam berendam dan mandi mandi sehingga petang. pada sesi malamnya diadakan sesi ceramah, makan2, kotak beracun dan ucapan wakil2 family.

Rata-rata ahli Usrah besyukur dengan penganjuran kali pertama yang berjaya. Pada keesokan harinya diadakan senaman pagi dan sukaneka sebelum sekali lagi ahli keluarga turun berendam di dalam kolam.. sehingga tengahari barulah bersiap-siap untuk pulang selepas acara terakhir iaitu penyampaikan cenderahati dan cabutan bertuah. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak2 abi dan sepupu2 mereka.

Antara amanat Tok Wan yang sangat berguna ialah mengenai cara asuhan anak yang amat perlu dititikberatkan disamping amanat dr uncle long, ayoh long, abi sendiri , ayoh jie, Pok teh, Poksu man dan Ammu Sufi.

Pada tarikh berikutnya iaitu pada 9 Disember 2011 abi, ummi dan anak2 menghadiri perjumpaan Tok Uban Family di Restoran Nasi Ulam Cikgu di KOta Bharu. jelas terpancar keterharuan orang tua kita semua iaitu tok Ki dan Opah. Ucapan Opan mewakili Tokki sungguh menyentuh hati dengan segala kasih sayang yang tersirat disuratkan dengan ucapan pada hari itu.

Kemudian selepas makan2, diadakan ucapan wakil2 keluarga dan acara penyampaian hadiah untuk cucu2 tok ki dan opah dan cabutan bertuah oleh wakil keluarga masing2.

Rasanya sekadar itu saja coretan abi untuk posting kali ini.. insya ALLAH cuti sekolah yang bakal melabuhkan tirai ini memberi pengalaman yang berharga buat anak2 abi Ahmad Mujahid dan Al Azzam yang menyertai Kursus pemantapan Asas-asas Aqidah Islam di Masjid Paya Rambai bermula 28 Nov hingga 11 Disember 2011.

Diharapkan dan didoakan semoga tahun hijrah bermula akan memantapkan lagi tarbiah abi dan ummi dalam mengasuh anak2 ke arah asuhan yang terbaik. Insya ALLAH.

Sekian Wassalam