Tuesday, June 1, 2010

Balik bercuti lagi..

SalamuLLAH 'alaikum jami'a..

Lamanya x update blog diari aku seorang abi ini.. abi sekarang sangat sibuk dengan aktiviti2 selepas waktu sekolah.. kekadang seharian diluar.. kasian anak2 abi.. x dapat nak bermanja dengan abi.. mohon maaf dr abi kalian..

Sekarang abi dalam tempoh percubaan untuk menguasai ilmu berbekam dan abi juga sedang menambahbaik ilmu rawatan yg sangat cetek di dada..

Insya ALLAH hari Isnin 7/6/2010 kita sekeluarga akan pulang bercuti ke Kelantan selama 2 minggu.. moga keberkatan dan keriangan buat anak2 dan isteri tercinta abi..

Dah agak lama rumah kita kat Tanah Merah x berpenghuni.. Lepas ni riuh lah sekejap rumah yg dah lama sunyi sepi..

Mujahid, Azzam, Nur, Insyirah dan Wijdan pun dah lama x jumpa sepupu2 dan ibuayah sedara diorang.. pasti seronok..

Abi pulak nk mengisi masa dengan melepak di Kuliah TG Abdul Aziz Nik Mat setiap pagi jumaat.. tenang dan seronok hati abi bila terkenangkan negeri tanah tumpah darahku... Walau sedikit pahit menelan saki2 baki kehidupan di negeri orang .. abi berharap suatu hari nanti abi dan ummi mendapat ketenangan dengan bertapak semula di tanah air yang dicintai..

Oklah rindu pulak nak menulis panjang2.. tapi masa tiidak mengizinkan.. perlu tanda kertas peperiksaan dulu..


Wassalam

No comments:

Post a Comment