Sunday, June 20, 2010

KB-Marang-Kg Alai fuh penatnya..

Assalamualaikum..

Masa abi menulis ni .. abi baru saja sampai ke Kg Alai... 19/6 bertolak dari rumah tok wan selepas majlis walimatul urus Pok su man dengan Mak su nya... bertolak pukul 3.30 ptg singgah di Marang resort untuk rehat semalaman pada pukul 7.30 malam..

Pagi tadi 20/6 abi dan anak2 mandi manda di pantai yg terletak di belakang resort tu.. x lama pun setengah jam saja.. sebab abi pun x nak keletihan .. perjalan belum lagi separuh .. Insyi sempai tertelan 2 kali air masin pantai Marang.. manakalan anak2 tergambar kepuasan sebab dah lama dok 'nyebut' nk mandi pantai..

Bertolak dari Marang pukul 10.00 pagi dan singgah sekejap menghirup udara di pantai Cherating...,. meneruskan perjalanan ke Melaka dan sampai pada pukul 7 malam tadi..

Selepas tu terpaksa basuh baju2 yg dah agak banyak x berbasuh.. jemur sambil2 update antivirus yg dah 2 minggu x diupdate...

Misi seterusnya rehat.. esok pagi nk tanda skit lagi kertas 2 tingkatan 4... esok abi dan umi x kesekolah.. ambil cuti Rehat.. umi pulak x pergi sebab mak cik teh pengasuh insyi dan wijdan ada hal dan x dapat jaga mereka..

ok lah setakat ni dulu diari abi u7ntuk tatapan semua..

Wassalam

dan selamat malam

1 comment: