Monday, August 2, 2010

Pindah rumah..

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama x up date blog... hari ni abi diberi ruang masa untuk menulis serba sedikit diari yang terabai ini..

Hari Sabtu lepas abi telah berpindah rumah dari kg Alai ke Kg Alai.. selang dalam 500 meter sahaja.. rumah yang baru ni nampaknya lebih selesa sedikit memandangkan ada tiga bilik 2 bilik air dan dan ada ruang keluarga selain ruang tamu...

Walau sewa agak mahal sedikit tapi untuk memberi keselesaan kepada ummi dan anak2.. dan juga faktor keselamatan , abi rasa x kisahlah walau keluar RM 380 sebulan utk rumah sewa..

Mujahid pun senang sebab Van pakcik Fatah akan ambil dia depan rumah dan balik depan rumah... x ada lah abi pagi terkecoh2 nk hantar Mujahid dulu..

Hari ini abi ambil cuti rehat kerana terlalu padat jadual dalam sehari dua ni.,. bermula hari jumaaat mengemas rumah lama.. hari sabtu angkat barang dan hari ahad abi mengikuti kursus Lanjutan TIAF di perpustakaan Awam.. jadi peluang hari ini abi nk selesaikan rumah lama dengan barang2 yang masih berbaki.. dan apa2 yang patut lah..

Ok lah nanti ada masa bi sambung lagi..

Wassalam

1 comment: