Sunday, December 13, 2009

Selesai satu agenda..

Assalamualaikum.

ALhamdulillah dengan rahmat dan inayah ALLAH dapat juga abi menyelesaikan majlis kesyukuran dan  aqiqah Zatul Wijdan di rumah kami sendiri di Tanah Merah, Kelantan.. Majlis tersebut dibuat pada 11/12/2009.. ini merupakan kali pertama majlis yg agak besar jemputannya dibuat di rumah sendiri... seronok bukan main.. abi menyediakan hidangan nasi kerabu special dan kurma kambing dan kerutuk kambing di tambah dengan roti jala dan roti.. buat lain daripada orang lain.. sebab semuanya main tempah aje

Baru tahu bagaimana nk menguruskan majlis besar bukan senang2.. patutlah ada pendapat mengatakan tuan punya kerja boleh menjamakkan solat dalam keadaan sibik begini..antaranya.. saudara saudari boleh rujuk kitab2 muktabar..tapi abi x jamak pun.. masih sempat solat dengan baik..:)

kehadiran saudara-saudara sebelah abi dana ummi serta kawan karib menyerikan lagi majlis kami... syukran lakum.. moga2 kedatangan itu juga menambahkan rezeki kami seta limpahan rahmat daripada ALLAH penguasa 'alam ini...

Selepas in abi nk hadap saatu  lagi program Kursus Sihir dan rawatan di balai Islam..semua itu termasuk dalam program cuti2 kenatan tahun ini...:)

sekian catatan abi untuk kalian wahai generasiku..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment