Thursday, March 11, 2010

Cuti lagi....

Assalamualaikum..

Insya ALLAH Jumaat besok kami sekeluarga akan bertolak ke Kelantan .. doakan dimudahkan dan dipermudahkan urusan perjalanan kami..

Saturday, February 20, 2010

Bersih jangan x bersih..

Assalamualaikum..

 Hari khamis 18/2, abi dan ustaz Wan Asrul ke Telok Emas untuk membersihkan serba sedikit tempat yang akan digunakan untuk kelas mengaji Al Quran dan pusat Terapi Al Fatah( TIAF). kami bersihkan ruang utama kelas dan tempat rawatan memandangkan ada lagi barang2 tuan punya kedai yang belum di angkat..

Keesokan harinya Jumaat 19/2 abi ke kedai itu dan alhamduliLLAH kebanyakan barang telah diangkat.. apa lagi abi bersihkan tandas bilik air dan lantai.. siap sempat basuh lantai lagi.. tinggal sedikit lagi nk di basuh iaitu bilik kecil dan rinag menunggu.. kalau ader kesempatan hari ni abi akan ke sana untuk basuh... sambil2 hari ni nk angkat meja2 yang ada di pusat TIAF nk dibawa ke telok Mas.... berbaloi..

Ok lah abi nk makan pagi sekejap..

Tuesday, February 16, 2010

Besok balik ke Melaka

Alhamdulillah hari ini hari ke 4 berada di Kelantan.. sempatlah anak beramah mesra dengan mak2 sedara dan pak2 sedaranya serta sepupu sebelah abi dan umi...
Hari juga hari last di Kelantan kerana esok pagi kami akan bertolak ke Melaka.. dah x der mood nk ke Melaka rasanya... bila bertada di Kelantan tanah airku ini..

Dah 2 malam tidur di tok uban dan satu malam di Paya Rambai.. insya ALLAH malam ni tido di Tanah Merah rumah sendiri.. kasian terbiar begitu sahaja selepas ini menanti kepulangan kami bulan mac ni pulak...

Abi dan umi pulak x melepaskan makan makanan  kegemaran kami iaitu nasik kerabu dan nasik berlauk serta kuih mueh klate yang sangat lazat..


Ok lah rasa malas nk memikirkan perjalanan yang hampir 10 ke 12 jam untuk pulang ke Melaka nanti... apapun doakan kami sampai ...

Wassalam.

Saturday, February 13, 2010

Bercuti 5 hari di Kelantan.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sampai jua abi n family di Kelantan.. betolak pukul 530 ptg semalam sampai dalam pukul 5 pg td di Tanah Merah Kelantan.. tertidur keletihan sesambil menanti azan subuh... dah solat subuh abi sambung tido sebab semalam abi hanya tidur 1 1/2 sahaja...

sekarang abi kat Tok uban umah tok ki... anak2 abi x ingat tido.. sibuk bermain kat luar rumah... walau pun cuti abi seminggu tapi cuti Ahmad, Azzam dan Nur haya 2 hari sahaja.. jadi kami kat Kelantan hanya 4 @ 5 hari sahaja...

Insya ALLAH hari rabu ni kami akan bertolak ke Melaka pulak.. aduhai.. loteh den..

ok lah cukup dulu catatan abi hari ini.. abi nak abiskan masa dengan suasana kampung di Kelantan... ah terubat rinduku...

Wassalam..

Wednesday, February 10, 2010

SBT dan CRK..

Assalamualaikum..

Sejak 2/3 minggu ni sekolah abi sibuk dengan persediaan untuk menerima  anugerah SBT.. sekolah berpestasi tinggi.. ,(abi aje yg x BT)  semasa abi menulis diari aku seorang abi ini, agak2 dah lama abi x update blog2 abi, alhamduliLLAH hari ini abi ambil CRK ( cuti rehat khas) jadi peluang untuk jengok2 blog ada lah juga.. sebenarnya abi x berapa sihat hari ini, kalau ikutkan hati mmg nak pergi sekolah, tapi, Wijdan juga nampak kurang sihat.. saja abi nak jaga dia pada pagi ini, hehe.. abi mithali..( padahal abi yg malas ke sekolah).. dapatlah abi mop lantai rumah.. basuh baju2 yg sememangnya menjadi tugas abi sejak dulu lagi.. kemas bilik anak2 ..saja nk menjiwai kerja surirumah.... hehehe

Sekarang ni abi sedang melihat gelagat anak2 yg sedang ligat bermain...dah berapa kali abi suruh diorang tido.. tapi nampaknya x berkesan..Wijdan atas riba abi sekarang, manakala Insyi, Azzam n Nur kat luar rumah..

AlhamduLLAH batuk abi semakin bkurangan setelah 3 hari batuk teruk... sebelum tu selsema hampir 2 minggu.... dugaan betul.. apa pun moga2 lepas ni ibadah dan gerak kerja  berjalan lebih lancar .. amin.. jap lagi ummi balik hantar lauk pauk.. saja lah tu nk lari dari sekolah kejap.. abi pun dah siap masak nasik.. ni nak kena panaskan susu Wijdan kejap.. ok lah dah meminta si kecik tu.. ok abi berundur dulu..


wasslam..

Sunday, January 17, 2010

Ke Banting

Assalamualaikum..

Semalam 15/1/2010 abi ,ummi dan anak2 berkunjung ke Banting umah Che Cik yang baru dipostingkan ke sana.. kasin che Cik.. berjauhan dengan Itqan, Danish dan Fitri.. sabarlah ye... Insya ALLAH bulan 6 ni dapat bertukar ke Sabah..

Kami bertolak hampir pukul 6 ptg dan sampai dala pukul 8 malam lebih.. kat sana, selepas makan malam abi naik tingkat atas yamah yang dibiarkan kosong tanpa penghuni.. sebenarnya berpenghuni...hehehhe abi keluarkan penghuni2 yg x bertauliah itu dan yg tinggal beberapa ekor tikus di atas syiling umah...abi sebenarnya x berapa sihat hampir seminggu lebih.... dan malam tu gigi abi buat hal .. sakit sehingga abi x dapat nk buat pagar umah yg baik.. abi solat jamak & Qasar then terus tidur..

Esoknya abi bersama yg lain2 pergi berkungjung ke pantai Morib melihat pantai, monyet2nya dan paling seronok berkunjung melihat rumah sewa kami semasa praktikal guru di Banting pada tahun 2003 lepas.. mengimbau kenangan silam yg x mungkin hilang dari ingatan.kat Pantai Morib Insyi terkejut sampai menangis sebab goreng pisangnya di ambil monyet..hehehe. semasa perjalanan pulang ke rumah sewa Che Cik... kami singgah di perusahaan keropok yg popular di Banting.. dan selepas itu terus pulang ke rumah selepas membeli lauk pauk untuk makan tengahari.... abi balik umah x berapa selesa sebab gigi masih berdenyut2.. abi buat keputusan ke klinik gigi untuk meninggalkan pusaka abi yg sejak hampir 30 tahun berkhidmat kepada abi.. sedih hati ingin membuang gigi geraham abi. di Banting.. tetapi sudah menjadi takdir.. nak buat guano kan..

kami bertolak pulang ke kampung Alai pada pukul 630 malam.... dan sampai ke Melaka pukul 830 malam. maka tamatlah sesi ziarah kami hujung minggu ini....

sekian dulu TQ

Saturday, January 9, 2010

Alam persekolahan..

AlhamduliLLAH..

Seminggu sudah alam persekolahan ditempuh oleh murid2 dan pelajar sekolah..begitu juga anak abi... tahun ini anak abi Zatunnur baru masuk sekolah tadika 5 tahun... hari pertama sekolah dia nangis sebab x jumpa kasut, padahal abi dah tulis namanya kat kasut.. nasib baik ada abangnya Al 'Azzam yang belajar dalam kelas 6 tahun.. tolong bacakan namanya.. balik rumah bercerita pasal x jumpa kasut.. hari kedua dan seterusnya nampak macam dah ok dan x der masalah.. senang aje ..

Ahmad Mujahid pulak dah semakin matang dengan sekolah.. x de masalah pun.. setakat seminggu ni diorang dikerah tidur awal seawal 9 malam. tapi biasanya akan berlanjutan sampai kul 10 malam.. katanya mata x ngantuk.. semuanya penangan cuti sebulan dan mereka main sampai kul 11/12 malam..pagi abi dan ummi akan kejutkan mereka seawal 620 pagi.. nak kejar untuk mandi, sarapan pagi dan kesekolah...

Apapun abi mengucapkan selamat belajar dan abi sentiasa hantarkan kalian dengan doa moga2 anak2 abi menjadi insan soleh dan solehah beserta sihat tubuh badan mampu mendepani cabaran akhir zaman yang penuh dengan ujian dan dogaan...

Siiru 'ala BarakatiLLAH...