Wednesday, March 24, 2010

Alkisahnya bermula hidup abi..

Assalamualaikum..

Sekadar coretan untuk generasi abi, sirah kelahiran abi bermula setelah abi dikandungkan oleh ummi abi sekitar tahun 1978.. Alhamdulillah penat jerih ummi abi yang sanggup mengusung ke sana ke mari abi dalam perutnya... akhirnya abi lahir jua tanggal thamaniah April 1979.. tangisan anak ke-3 hasil perkongsian hidup ayahanda Abdul Aziz bin Abdul Rahman bin Wan Mamat bin... dan bonda Kalsom binti Abu Bakar... Abi diberi nama Al Azhar kerana sejarahnya yang tersendiri... alhamdulillah abi membesar seperti kanak-kanak lain ... nakal x tumpah seperti kanak2 lain.. mula dalam dakapan dan didikan we dan ummi sehingga usia menjejah 6 tahun abi dihantar bersekolah di Tadika Kemas .. bertahan lah lebih kurang 2 bulan di situ, abi malas pulak nk sambung belajar.. sehingga umur abi 7 tahun barulah abi teruskan belajar di SK Langgar Kota Bharu Kelantan..

Setelah tamat di SK Langgar dengan keputusan UPSR 2A 2B.. abi alhamdulillah pada tahun 1991 diterima masuk ke SMU Maahad Muhammadi (L) .. dalam tingkatan Peralihan 3, selepas 3 bulan dan menduduki ujian.. alhamdulillah abi berjaya lompat tingkatan dan terus ke tingkatan 1-9. bermulalah kerjaya abi sebagai pelajar di sekolah agama.. hari2 abi menghafal ... mahfuzah.. tafsir .. fiqah dll subjek yg agak banyak .. Sampailah tingkatan tiga , abi dapat keputusan 8A dan 1C dalam PMR.. ketika itu ramai sungguh kawan2 abi yang keluar dari Maahad.. sehingga tinggal dalam Tingkatan 4-1 seramai 14 orang pelajar sahaja.. Tekad untuk menyambung pelajar ke Timur Tengah bergelora menyebabkan abi setia dengan sekolah Maahad Muhammadi lilbanin..

bersambung.....

No comments:

Post a Comment