Tuesday, February 1, 2011

Persekolahan anak-anak 2011

Assalamualaikum

Hari ini dah sebulan sesi persekolahan 2011 bermula... Abi masih kekal di MOzac walau dah hampir 8 kali memohon untuk bertukar.. x apa lah... rezeki masih di Mozac... anak-anak pula saban tahun membesar dan punyai karenah yang berubah2.

AlhamduliLLAH.. Ahmad Mujahid sekarang sudah tahun 3 di SRA JAIM Pernu... 3B.. dilantik sebagai pengawas perpustakaan.. manakala adiknya Al 'Azzam pula menaiki Tahun 1 di sekolah yang sama dengan abang dia.. senang ada pemantauan dr abang.



Hari pertama abi terus bagi tanggungjawab kepada Mujahid untuk menjaga azzam.. alhamduliLLAH... tiada masalah sampai hari ini. Cuma awal2 persekolhan dulu azzam ni terlalu ghairah untuk beratur time rehat dikantin.... dia x nak bawa bekalan yang umi masak dari rumah.. manakala Ahmad Mujahid pula memang suka bawa masakan ummi... sebab katanya malas nak beratur.. macam2 karenah....

Ahmad Mujahid dan Al 'Azzam bergaya baju sekolah baru :)

Manakala Kak Nur sudah di kelas 6 tahun di Tadika JAIM Pengkalan Jajar... Kasian Kakak kat sekolah sorang2... Tapi nampaknya dia dah boleh berdikari kerana sebelum ini dia bersama abangnya Al Azzam kat tadika.. yang 2 orang lagi, Zatul Insyirah dan Zatul Wijdan masih menginap di rumah Mak Usu sewaktu abi dan ummi di sekolah.

Tahun ini , ALLAH SWT permudahkan abi dan ummi dengan mengurniakan sebuah kereta kecil. senanag untuk abi dan ummi berpergimari.

Antara berita yang menggembirakan abi tahun ini ialah offer dari sahabat semasa di JOrden dulu... abi ditawarkan menjadi mutawwif umrah pada cuti sekolah Mac ini.. AlhamduliLLAH thummalHamduliLLAH.... seronok dan sayu rasanya kalau diizinkan menjadi tetamu ALLAH SWT dan RasulNYA SAW. Sedang abi ini manusia yang banyak melakukan dosa.

Ya ALLAH ampuni dosa2ku.. samada yang aku ketahui atau aku tidak ketahui... sesungguhnya dengan sifat RahmaMU dan RahimMu... aku berharap ENGKAU golongkan aku dan keluargaku dalam golongan yang menjadi kekasih RasuluLLAH dan KekasihMU... Ya Karim...

Rasanya cukup dulu setakat ini... lain kali abi akan tulis lagi diari aku seorang abi.

Wassalam

Thursday, December 9, 2010

kisah cuti sekolah abi

Assalamualaikum semua..

Lama sungguh blog abi ni terbiar.. sekarang abi dan usrah berada di Kelantan.. balik bercuti dan bergerak dari Melaka ke Kelantan pada pukul 4.00 ptg hari raya Korban ketiga... perjalanan agak memenatkan kerana hari jumaat terakhir di Melaka ...di sekolah tadika JAIM Pengkalan Jajar sekolah anak-anak abi, Al Azzam dan Zatunnur diadakan majlis penyampaian hadiah dan sijil... Azzam dapat tempat pertama dalam batchnya dan kak Nur tempat ke lapan dalam kelasnya... mungkin asbabnya dia x sihat pada hari peperiksaan.. apapun tahniah untuk anak2 abi... Mujahid pulak agak merudum keputusannya.. kena bekerja keras lagi lah tu..

Kami sampai ke teratak di tanah Merah jam 3.30 pagi hari raya ke empat.... alhamduliLLAH sempat juga menghirup udara segar hari raya korban di Kelantan....

Hari ini dah masuk 3 minggu lebih di bumi Kelantan... rasanya x mahu dah balik ke Melaka... Harap2 ada peluang untukl bertukar pada Januari 2011 ni.. tengok sajalah...

Malam Selasa Lepas abi n ummi ajak adik beradik ummi, semua datang.. opah, tok ki, dan sepupu2 anak2 abi.. datang makan Satey dan Mee Bandung .. alhamduliLLAH... berjalan lancar...

Malam besok pulak buat makan2 kat umah Tok wan dan mama tok.. makan satey dan murtabak pulak ... abi nk bagi pengasih pada anak2 abi dan anak2 sedara abi semua..

Hari 4/12 sabtu lepas dah handle kursus Rawatan TIAF di Perpustakaan Dar Nur Az Zahrah KB.. abi sebagai penganjur saja.... insyaALLAh.. 11/12 ni pulak ditempat yg sama akan diadakan Kursus Lanjutan TIAF ... moga2 ALLAH permudahkan kerja abi... Paksu Man banyak bantu abi dalam meringankan kerja2 sebelum kursus.. so TQ for u Paksu man...

Sebenarnya banyak benda yg abi nk buat kat Kelnatan ni kalau di takdirkan ada peluang bertukar.. tapi apakan daya.. perancangan ALLAH itu terlalu besar dan banyak hikmahnya.. ALLAHu..

Rasanya.. abi , ummi , anak2 abi semua.. mmg seronok benar dok klate... negeri yg penuh dengan nikmat dan kesejahteraan... Darunnaim... Ya Karim seronoknya...

13-15 haribulan ni abi akan ke Melaka kejap..tgk rumah kat sana.. x sedap jugak kalau x pergi... sambil2 nk bayar kedai kat Telok Mas tue.. pergi abi naik bas.. balik naik airasia... harga muroh bokte..:)

Pastu masa berbaki di kelantan sebelum betul pulang ke Melaka hujung tahun ni.. abi nk menikmati saat akhir tahun 2010 di kelantan dengan  sesungguhnya..

Nikmat dan saat2 indah belajar/ mendengar kuliah maghribdi masjid Tanah Merah dll... nikmat makanan2 yg sedap.. nikmat ketenangan dan lain2....

ok lah abi rasa sekadar ini dulu diari ringkas perjalanan abi yg dah lama x di updatekan.. dan menjadi tatapan anak2 abi nanti.. saat ini abi ingin sekali melihat anak2 abi menjadi anak2 yg soleh dan bertaqwa... yg mantap ilmu aqidahnya.. yg dekat dengan ALLAH dalam gerak kerjanya...yg benar syariatnya.. yg indah akhlaknya... ALLAHu... Abi doakan kalian semua menjadi anak2 yg baik.. pada ALLAH.. pada RasuluLLAH.. pada ummi dan abi... dan menjadi pejuang DinuLLAH di muka bumi ini... BarakaLLAHu fi hayatikum jami'a...

Siiru 'ala BarakatiLLAH..

Monday, August 2, 2010

Pindah rumah..

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama x up date blog... hari ni abi diberi ruang masa untuk menulis serba sedikit diari yang terabai ini..

Hari Sabtu lepas abi telah berpindah rumah dari kg Alai ke Kg Alai.. selang dalam 500 meter sahaja.. rumah yang baru ni nampaknya lebih selesa sedikit memandangkan ada tiga bilik 2 bilik air dan dan ada ruang keluarga selain ruang tamu...

Walau sewa agak mahal sedikit tapi untuk memberi keselesaan kepada ummi dan anak2.. dan juga faktor keselamatan , abi rasa x kisahlah walau keluar RM 380 sebulan utk rumah sewa..

Mujahid pun senang sebab Van pakcik Fatah akan ambil dia depan rumah dan balik depan rumah... x ada lah abi pagi terkecoh2 nk hantar Mujahid dulu..

Hari ini abi ambil cuti rehat kerana terlalu padat jadual dalam sehari dua ni.,. bermula hari jumaaat mengemas rumah lama.. hari sabtu angkat barang dan hari ahad abi mengikuti kursus Lanjutan TIAF di perpustakaan Awam.. jadi peluang hari ini abi nk selesaikan rumah lama dengan barang2 yang masih berbaki.. dan apa2 yang patut lah..

Ok lah nanti ada masa bi sambung lagi..

Wassalam

Sunday, June 20, 2010

KB-Marang-Kg Alai fuh penatnya..

Assalamualaikum..

Masa abi menulis ni .. abi baru saja sampai ke Kg Alai... 19/6 bertolak dari rumah tok wan selepas majlis walimatul urus Pok su man dengan Mak su nya... bertolak pukul 3.30 ptg singgah di Marang resort untuk rehat semalaman pada pukul 7.30 malam..

Pagi tadi 20/6 abi dan anak2 mandi manda di pantai yg terletak di belakang resort tu.. x lama pun setengah jam saja.. sebab abi pun x nak keletihan .. perjalan belum lagi separuh .. Insyi sempai tertelan 2 kali air masin pantai Marang.. manakalan anak2 tergambar kepuasan sebab dah lama dok 'nyebut' nk mandi pantai..

Bertolak dari Marang pukul 10.00 pagi dan singgah sekejap menghirup udara di pantai Cherating...,. meneruskan perjalanan ke Melaka dan sampai pada pukul 7 malam tadi..

Selepas tu terpaksa basuh baju2 yg dah agak banyak x berbasuh.. jemur sambil2 update antivirus yg dah 2 minggu x diupdate...

Misi seterusnya rehat.. esok pagi nk tanda skit lagi kertas 2 tingkatan 4... esok abi dan umi x kesekolah.. ambil cuti Rehat.. umi pulak x pergi sebab mak cik teh pengasuh insyi dan wijdan ada hal dan x dapat jaga mereka..

ok lah setakat ni dulu diari abi u7ntuk tatapan semua..

Wassalam

dan selamat malam

Saturday, June 5, 2010

NASYID khas untuk ummi

Ummi.. betapa bertuahnya anak2 abi mendapat ibu seperti ummi,,

Friday, June 4, 2010

Beli CPU baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ptg tadi abi pergi ke kedai komputer, ambil cpu yg abi tempah untuk kegunaan abi di rumah.. dengan kelajuan yang agak menarik, memudahkan abi melakukan banyak kerja yg tertangguh hampir 2/3 bulan jugak selepas laptop acer abi rosak..

Last2 dengan berkat kesabaran abi dapat juga abi beli cpu yang boleh lah digunakan secara peribadi dan memuaskan setakat ini.. lagipun 7 tahun free servis disamping 3 thn warantty..

lepas ni boleh abi posting cerita2 abi dalam diari abi dan diari abumujahid.. moga dapat menjadi tatapan generasi abi pada masa akan datang...

ok lah setakat ini dulu..

sekian wassalam

Tuesday, June 1, 2010

Balik bercuti lagi..

SalamuLLAH 'alaikum jami'a..

Lamanya x update blog diari aku seorang abi ini.. abi sekarang sangat sibuk dengan aktiviti2 selepas waktu sekolah.. kekadang seharian diluar.. kasian anak2 abi.. x dapat nak bermanja dengan abi.. mohon maaf dr abi kalian..

Sekarang abi dalam tempoh percubaan untuk menguasai ilmu berbekam dan abi juga sedang menambahbaik ilmu rawatan yg sangat cetek di dada..

Insya ALLAH hari Isnin 7/6/2010 kita sekeluarga akan pulang bercuti ke Kelantan selama 2 minggu.. moga keberkatan dan keriangan buat anak2 dan isteri tercinta abi..

Dah agak lama rumah kita kat Tanah Merah x berpenghuni.. Lepas ni riuh lah sekejap rumah yg dah lama sunyi sepi..

Mujahid, Azzam, Nur, Insyirah dan Wijdan pun dah lama x jumpa sepupu2 dan ibuayah sedara diorang.. pasti seronok..

Abi pulak nk mengisi masa dengan melepak di Kuliah TG Abdul Aziz Nik Mat setiap pagi jumaat.. tenang dan seronok hati abi bila terkenangkan negeri tanah tumpah darahku... Walau sedikit pahit menelan saki2 baki kehidupan di negeri orang .. abi berharap suatu hari nanti abi dan ummi mendapat ketenangan dengan bertapak semula di tanah air yang dicintai..

Oklah rindu pulak nak menulis panjang2.. tapi masa tiidak mengizinkan.. perlu tanda kertas peperiksaan dulu..


Wassalam