Monday, August 2, 2010

Pindah rumah..

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama x up date blog... hari ni abi diberi ruang masa untuk menulis serba sedikit diari yang terabai ini..

Hari Sabtu lepas abi telah berpindah rumah dari kg Alai ke Kg Alai.. selang dalam 500 meter sahaja.. rumah yang baru ni nampaknya lebih selesa sedikit memandangkan ada tiga bilik 2 bilik air dan dan ada ruang keluarga selain ruang tamu...

Walau sewa agak mahal sedikit tapi untuk memberi keselesaan kepada ummi dan anak2.. dan juga faktor keselamatan , abi rasa x kisahlah walau keluar RM 380 sebulan utk rumah sewa..

Mujahid pun senang sebab Van pakcik Fatah akan ambil dia depan rumah dan balik depan rumah... x ada lah abi pagi terkecoh2 nk hantar Mujahid dulu..

Hari ini abi ambil cuti rehat kerana terlalu padat jadual dalam sehari dua ni.,. bermula hari jumaaat mengemas rumah lama.. hari sabtu angkat barang dan hari ahad abi mengikuti kursus Lanjutan TIAF di perpustakaan Awam.. jadi peluang hari ini abi nk selesaikan rumah lama dengan barang2 yang masih berbaki.. dan apa2 yang patut lah..

Ok lah nanti ada masa bi sambung lagi..

Wassalam

Sunday, June 20, 2010

KB-Marang-Kg Alai fuh penatnya..

Assalamualaikum..

Masa abi menulis ni .. abi baru saja sampai ke Kg Alai... 19/6 bertolak dari rumah tok wan selepas majlis walimatul urus Pok su man dengan Mak su nya... bertolak pukul 3.30 ptg singgah di Marang resort untuk rehat semalaman pada pukul 7.30 malam..

Pagi tadi 20/6 abi dan anak2 mandi manda di pantai yg terletak di belakang resort tu.. x lama pun setengah jam saja.. sebab abi pun x nak keletihan .. perjalan belum lagi separuh .. Insyi sempai tertelan 2 kali air masin pantai Marang.. manakalan anak2 tergambar kepuasan sebab dah lama dok 'nyebut' nk mandi pantai..

Bertolak dari Marang pukul 10.00 pagi dan singgah sekejap menghirup udara di pantai Cherating...,. meneruskan perjalanan ke Melaka dan sampai pada pukul 7 malam tadi..

Selepas tu terpaksa basuh baju2 yg dah agak banyak x berbasuh.. jemur sambil2 update antivirus yg dah 2 minggu x diupdate...

Misi seterusnya rehat.. esok pagi nk tanda skit lagi kertas 2 tingkatan 4... esok abi dan umi x kesekolah.. ambil cuti Rehat.. umi pulak x pergi sebab mak cik teh pengasuh insyi dan wijdan ada hal dan x dapat jaga mereka..

ok lah setakat ni dulu diari abi u7ntuk tatapan semua..

Wassalam

dan selamat malam

Saturday, June 5, 2010

NASYID khas untuk ummi

Ummi.. betapa bertuahnya anak2 abi mendapat ibu seperti ummi,,

Friday, June 4, 2010

Beli CPU baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ptg tadi abi pergi ke kedai komputer, ambil cpu yg abi tempah untuk kegunaan abi di rumah.. dengan kelajuan yang agak menarik, memudahkan abi melakukan banyak kerja yg tertangguh hampir 2/3 bulan jugak selepas laptop acer abi rosak..

Last2 dengan berkat kesabaran abi dapat juga abi beli cpu yang boleh lah digunakan secara peribadi dan memuaskan setakat ini.. lagipun 7 tahun free servis disamping 3 thn warantty..

lepas ni boleh abi posting cerita2 abi dalam diari abi dan diari abumujahid.. moga dapat menjadi tatapan generasi abi pada masa akan datang...

ok lah setakat ini dulu..

sekian wassalam

Tuesday, June 1, 2010

Balik bercuti lagi..

SalamuLLAH 'alaikum jami'a..

Lamanya x update blog diari aku seorang abi ini.. abi sekarang sangat sibuk dengan aktiviti2 selepas waktu sekolah.. kekadang seharian diluar.. kasian anak2 abi.. x dapat nak bermanja dengan abi.. mohon maaf dr abi kalian..

Sekarang abi dalam tempoh percubaan untuk menguasai ilmu berbekam dan abi juga sedang menambahbaik ilmu rawatan yg sangat cetek di dada..

Insya ALLAH hari Isnin 7/6/2010 kita sekeluarga akan pulang bercuti ke Kelantan selama 2 minggu.. moga keberkatan dan keriangan buat anak2 dan isteri tercinta abi..

Dah agak lama rumah kita kat Tanah Merah x berpenghuni.. Lepas ni riuh lah sekejap rumah yg dah lama sunyi sepi..

Mujahid, Azzam, Nur, Insyirah dan Wijdan pun dah lama x jumpa sepupu2 dan ibuayah sedara diorang.. pasti seronok..

Abi pulak nk mengisi masa dengan melepak di Kuliah TG Abdul Aziz Nik Mat setiap pagi jumaat.. tenang dan seronok hati abi bila terkenangkan negeri tanah tumpah darahku... Walau sedikit pahit menelan saki2 baki kehidupan di negeri orang .. abi berharap suatu hari nanti abi dan ummi mendapat ketenangan dengan bertapak semula di tanah air yang dicintai..

Oklah rindu pulak nak menulis panjang2.. tapi masa tiidak mengizinkan.. perlu tanda kertas peperiksaan dulu..


Wassalam

Monday, April 26, 2010

Praktikal bekam.. alhamduliLLAH berjaya

Assalamualaikum..

Hari ini abi dan ummi ambil CRK.. Wijdan x sihat..abi pula rasa nk rehat sahaja.. almaklumlah cuti 2 hari yang sepatutnya rehat dipenuhi dengan acara sekolah ganti.. dan hari ahad pulak full x dapat bersama ummi dan anak2..

Pagi abi uruskan tempahan stokis susu kambing.. Alhamdulillah setakat hampir 5 bulan menjadi stokis ni .. permintaan agak menarik dan baik.. nk kata untung tu x ada lah banyak sangat.. dapatlah abi ummi dan anak2 merasai susu kambing percuma pun sudah cukup... x adalah pening kepala nk pikir pasal modal nk beli susu kambing...

ok lah abi ni sekejap saja.. cerita terlalu banyak kalau nk di coretkan.. cuma yang rasa seronok dan merupakan pengalaman yg agak menarik bila Ustaz Wan meminta tolong abi bekamkan 2 org pelanggannya.. abi yg x berkemahiran ni rasanya x nk .. tp desakan untuk menimba pengalaman menyebabkan abi setuju.. lebih2 lagi rasa rugi kalau x beraksi sekarang.. sijil berbekam pun dan ambil, kursus pun dah join..

2 hari kemudian... dapat pulak bekam seorang kawan.. rasa macam dan ok kot..lepas ni kalau ada org nk berbekam dengan abi.. dipersilakan.. dah rasa 'boleh' berbekam..

Ummi pun apa kurangnya... dah dapat bekamkan abi 2 kali.. mula2 ummi takut darah.. yg kali kedua tu nampak ok skit..Insya ALLAH ummi akan mantopkan bekamnya untuk kali ketiga dengan badan abi menjadi mangsanya pada hari khamis ni.. permintaan kat Kelantan tu nampaknya banyak jugak.. hehehe nanti lah kita berbekam..

rasanya setakat ini dulu cerita pengalaman yg abi rasa indah untuk dikongsikan kepada generasi abi dan ummi..

Wassalam..

Wednesday, March 24, 2010

Alkisahnya bermula hidup abi..

Assalamualaikum..

Sekadar coretan untuk generasi abi, sirah kelahiran abi bermula setelah abi dikandungkan oleh ummi abi sekitar tahun 1978.. Alhamdulillah penat jerih ummi abi yang sanggup mengusung ke sana ke mari abi dalam perutnya... akhirnya abi lahir jua tanggal thamaniah April 1979.. tangisan anak ke-3 hasil perkongsian hidup ayahanda Abdul Aziz bin Abdul Rahman bin Wan Mamat bin... dan bonda Kalsom binti Abu Bakar... Abi diberi nama Al Azhar kerana sejarahnya yang tersendiri... alhamdulillah abi membesar seperti kanak-kanak lain ... nakal x tumpah seperti kanak2 lain.. mula dalam dakapan dan didikan we dan ummi sehingga usia menjejah 6 tahun abi dihantar bersekolah di Tadika Kemas .. bertahan lah lebih kurang 2 bulan di situ, abi malas pulak nk sambung belajar.. sehingga umur abi 7 tahun barulah abi teruskan belajar di SK Langgar Kota Bharu Kelantan..

Setelah tamat di SK Langgar dengan keputusan UPSR 2A 2B.. abi alhamdulillah pada tahun 1991 diterima masuk ke SMU Maahad Muhammadi (L) .. dalam tingkatan Peralihan 3, selepas 3 bulan dan menduduki ujian.. alhamdulillah abi berjaya lompat tingkatan dan terus ke tingkatan 1-9. bermulalah kerjaya abi sebagai pelajar di sekolah agama.. hari2 abi menghafal ... mahfuzah.. tafsir .. fiqah dll subjek yg agak banyak .. Sampailah tingkatan tiga , abi dapat keputusan 8A dan 1C dalam PMR.. ketika itu ramai sungguh kawan2 abi yang keluar dari Maahad.. sehingga tinggal dalam Tingkatan 4-1 seramai 14 orang pelajar sahaja.. Tekad untuk menyambung pelajar ke Timur Tengah bergelora menyebabkan abi setia dengan sekolah Maahad Muhammadi lilbanin..

bersambung.....